Majlis Pelancaran,

Majlis Pelancaran Selamat Datang Ke Shell Di The Roof

Isnin, Ogos 17, 2015 Mahamahu 0 Comments

Majlis Pelancaran Selamat Datang Ke Shell Di The Roof - Salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Baru2 ini Maha di jemput untuk majlis pelancara program baru daripada syarikat minyak yang tertua di Malaysia iaitu Shell. Malam tu program yang di anjurkan di The Roof itu ingat kat restoran biasa rupanya kat atas heliport. 


Teruja sangat dengan pemandangan di ruang paling atas bangunan 1 First Avenue Bandar Utama ini. Program malam tu simple dan juga santai sambil di hadiri oleh bukan sahaja media dan juga retailer Shell dan juga vendor2 stesen minyak Shell. Ramai juga orang boleh muat kat atas tu dengan cuaca yang redup dan angin yang kuat mengujakan.


Pada malam tersebut majlis di mula dengan ucapan Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd. Tuan Haji Azman Ismail. Dalam ucapan beliau menyatakan komitmen pihak Shell untuk memberikan service terbaik kepada semua pelanggan mereka. Selamat datang ke Shell adalah janji untuk memberikan kualiti perkhidmatan yang terbaik dan tawaran yang lebih baik untuk pelanggan di seluruh Malaysia. 

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd. Tuan Haji Azman Ismail

Dengan mentakrifkan pengalaman pelanggan di stesen, Shell berhasrat untuk membuat pelanggan mereka merasa seperti di rumah dan selesa dari tekanan perjalanan mereka. Apabila mereka memerlukan bantuan atau perkhidmatan, atau hanya senyuman hangat dan isyarat friendly. Kami akan berada di sana untuk melayan mereka sebagai tetamu. mereka mahu pengalaman mereka di stesen-stesen Shell dan berharap untuk menjadikan perjalanan mereka lebih baik.


Malam tu juga Pengarah Urusan bersama barisan pekerja terbaik mereka merasmikan program ini untuk ia terus dilaksanakan seluruh Malaysia. Lepas majlis perasmian kami semua di jamukan dengan hidangan makan malam yang enak2 belaka. Kenyang perut malam sambil makan dan santai di atas bumbung yang luas dan nyaman. Apa pun matlamat Shell untuk menjadi pengeluar minyak kenderaan terbaik di Malaysia tercapai dengan program ini. Maha pun dah guna minyak Shell tau hehehe. Lepas ni kita ker Shell ok. Selamat bercuti semua..