Syukur Dapat Berbuka Puasa Di Rail Canteen Korang Nak Cuba

Syukur Dapat Berbuka Puasa Di Rail Canteen Korang Nak Cuba - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Bulan puasa ni banyak sangat promosi hebat2 untuk berbuka puasa. Tapi ingat buka puasa berpada2 jangan ikut nafsu sangat makan sekadar menghilangkan lapar dan dahaga sahaja. Tapi Maha ada satu lokasi untuk anda boleh cuba berbuka puasa di sini kerana makanan tak terlalu banyak just nice jer.


Tempat yang Maha maksudkan ada Rail Canteen yang terletak di Sunway Nexis. Satu lagi tempat baru di buka untuk umum dan kat dalam tulah ada Rail Canteen ini. Kalau korang tengok pada logo restoran ini ada tulis Kluang Heritage kan itu bermaksud bahawa segala makanan di sini adalah resepi yang dicipta oleh orang Kluang Johor dan memang warisan tradisi turun temurun.


Keistimewaan hidangan di sini adalah terletak pada jenis sambal yang ada di sini. Nanti Maha tunju korang apa istimewanya sambal yang ada di sini, tapi sebelum tu Maha nak kenalkan menu2 promosi Ramadhan yang di sediakan di restoran ini. Untung sapa yang datang cuba makan berbuka puasa di sini kerana harga berpatutan dan juga makana yang cukup untuk and makan berbuka puasa tidak terlalu banyak sampai kenyang tak boleh jalan. 


Ada dua set hidangan berbuka puasa yang boleh anda pilih di sini iaitu Briyani Ayam Masak Merah dan juga Nasi Lemak Goreng Ayam Rendang. Set makanan ini tidak datang bersendirian ia lengkap dengan buah kurma, air Sirap Limau Selasih dan juga Puding sebagai pencuci mulut. Korang tengok sendiri set menu Ramadhan yang ada ini Maha makan dengan kawan pun dah cukup kenyang. Harga pula berpatutan iaitu hanya RM19.90 nett untuk satu set sahaja.

Briyani Ayam Masak Merah

Wow memang berbaloi korang leh pilih randang ayam yang memang cukup popular di sini dan ia adalah resepi dari keluarga pemilik sendiri. Kemudian special Nasi Lemak goreng di mana nasi lemak yang di goreng dengan rempah yang sedap bersama dengan ayam goreng rangup memang membuka selera. Minum pula air sirap selasih yang memang menyegarkan dan memberi tenaga bersam kurma. Puding pula melengkapkan set hidangan ini buat anda nak berbuka puasa nanti.

Nasi Lemak Goreng Ayam Goreng

Selain dari pada itu, ada banyak lagi sebenarnya hidangan special yang ada di restoran ini boelh korang cuba kalau mahu. Boleh datang makan Nasi Lemak yang menjadi pilihan ramai kat sini kerana ada sambal yang berbeza korang boleh pilih. Tu yang Maha sebut sebelum ini antara sambal istimewa adalah Sambal Ikan Bilis, Sambal Bawang, Sambal Udang, Sambal Kerang dan juga Sambal Sotong. Pelengkap set Nasi Lemak kat sini korang mesti cuba. 

Nasi Lemak

Lagi menu yang ada iaitu seperti MeeHoon Siam, Mee Kari dan Mee Rebus. Tu main course tapi untuk epertiser pulak ada special dari Kluang juga iaitu Roti Bakar dan Bun Sambal Special kerana dalam bun ini ada sambal bawang, timun dan juga telur rebus best. Last sekali special ada pencuci mulut yang di cipta sendiri oleh chef di sini iaitu 3 Layer Ice Cream dan Kopi Cendol Ais. Pernah rasa tak sebelum ini memang unik kan dessert mesti kena cuba juga. 

MeeHoon Siam

Mee Rebus

Mee Kari

Bun Sambal Special

Roti Bakar

Kopi Cendol Ais dan 3 Layer Ice Cream

Apa pun Maha dah makan di Rail Canteen dan rekmen pada kawan2 yang nak datang buka puasa atau datang lepas raya nanti pun boleh sebab makanan sini sentiasa ada keistimewaan tersendiri. Kalau untuk dapatkan info lanjut boleh ke laman Facebook mereka atau laman Istagram mereka lagi mudah. Ok lah selamat berbuka semua kawan2 dan selamat berpuasa....

RAIL CANTEEN
Address: Unit D-GF-02, Sunway Nexis
Jalan PJU 5/1A, Petaling Jaya, Selangor
Contact: 03-61501802
Waktu Operasi : 8.00pagi – 10.00malam setiap hari








0 comment... add one now