Shopping Raya Awal Di Pusat Pakaian Hari-Hari Lebih Murah

Shopping Raya Awal Di Pusat Pakaian Hari-Hari Lebih Murah Dan Meriah - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Dalam sibuk2 Maha pergi review makan sana-sini sebenarnya masih ada masa nak pergi shopping untuk persiapan raya. Maklumlah setahun sekali sahaja dapat merasai kemeriahan membeli-belah pakaian raya dan dapat baju baru. Alah bukan Maha sorang jer ramai juga orang kat luar sana tak sabar2 nak beli baju rayakan.



Tambah2 pula kerajaan telah umumkan bahawa kakitangan awam akan dapat duit raya awal tahun ini. Wow memang bestlah kalau nak pergi beli belah keperluan Hari Raya nanti baju untuk diri sendiri. Yang mana dah kahwin baju untuk anak2 dan juga keluarga semua mesti nak sedondon baru lah nampak meriah. Tapi kat mana nak beli? Hermmmm Maha pun mula2 confuse gak nak shopping kat mana tapi bila tahu yang Pusat Pakaian Hari-Hari ada baju raya dan juga keperluan lain terus terjah.



Maklumlah nak pergi tempat mahal2 ni kadang2 tak bebaloi dengan harga, tapi dekat Pusat Pakaian Hari-hari ni bila Maha pergi sendiri rupanya banyak sanggat pakaian yang ada untuk pilihan korang. Bukan itu sahaja malah pakaian dengan rekaan terkini dan juga warna2 yang menarik semua ada kat sini. Jadi hari minggu ini ambil kesempatan sebab cuti untuk pergi sendiri beli belah di Pusat Pakaian Hari-Hari.


Jangan risau nak cari pusat pakaian ini kerana mereka ada 72 cawangan seluruh semenanjung Malaysia termasuk Sarawak wow. Memang senang nak carilah kalau macam tu memang memudahkan korang nak beli belah. Maha pergi mula2 masuk kedai memang teruja kerana terlalu banyak sangat pakaian dan macam design terbaru dan tercantik ada kat sini. Mula2 ingat tak ada saiz baju untuk orang bersaiz XX macam Maha ni, rupanya banyak jagn kata tak ada yer.




Bila tengok saiz dari sekecil kanak-kanak usia 1 tahun hingga kepada ibu bapa yang sebesar XXL pun ada untuk korang. Jadi Maha pun pergilah fitting beberapa jenis baju raya dengan pelbagai warna. Tahun ni teman baju warna Purple jadi Maha akan test semua jenis baju warna Purple dengan pelbagai design. Korang tengok lah sendiri baju yang Maha fitting ni mana ok hehehe.





Baju orang perempuan pun tak kurang banyaknya. Semua saiz dan design yang terbaru dan juga warna2 yang menarik untuk orang perempuan pilih. Tapi orang perempuan ini memang pandai memilih jadi Maha tahu korang akan ada pilihan tersendiri. Dari baju kurung, baju kebaya, jubah wanita dan banyak lagi. 



Cari punya cari Maha jumpa beberapa baju yang warnanya sedondon untuk sesuai seisi keluarga. Memang cantik dan puas hati lah shopping kat sini. Akhirnya tertawan juga hati ini untuk beli baju raya di Pusat Pakaian Hari-Hari ni. Maka Maha ambil lah satu set pakaian Raya tahun ini khas dari Hari-Hari. So korang jangan jelous ok baju raya Maha dah beli, korang bila lagi nak shopping.





Sempena dengan bulan Ramadhan ini dan juga Syawal yang bakal menjelma nanti Maha terbaca yang Pusat Pakaian Hari-Hari ini ada buat promosi istimewa ok. Kalau korang beli pakaian RM80 keatas dalam satu resit akan dapat sampul duit raya secara percuma. Promosi ini akan bermula 3 Julai 2015 nanti. Manakal kalau shopping dengan harga RM120 keatas dalam satu resit akan dapat beg khas Hari-Hari. Promosi ini telah bermula dari 18 Jun 2015 yang lepas. Sebab tu Maha dapat beg ini secara percuma jangan jelous ok.



Korang boleh juga beli barang kat sini harga semua bepatutan dan telah di sertakan dengan GST jadi tak perlu bimbang. Maha boleh beli under bajet kat sini kerana memang harga berpatutan dan juga baju cantik2. Kalau nak beli baju untuk hadiah kat keluarga pun boleh macam Maha sempat beli kain batik untuk ibu dan juga kain pelekat untuk ayah Maha. Jadi boleh sangat untuk shopping seisi keluarga. Lepas ni ingat nak beli belah, ingat lah Hari-Hari. Selamat membeli belah semua ok...

Info lanjut promosi Pusat Pakaian Hari-Hari
Laman web: www.hari.com.my








0 comment... add one now