Hidangan Buffet Ramadhan Sinar Ramadhan Di Saujana Hotel Kuala Lumpur

Hidangan Buffet Ramadhan Sinar Ramadhan Di Saujana Hotel Kuala Lumpur - Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Satu lagi lokasi berbuka puasa boleh anda letakkan dalam jadual berbuka anda kalau mahu mencuba. Ini kerana buka puasa di Saujana Hotel Kuala Lumpur memang memberi pengalaman yang berbeza sekali. Buka puasa di tengah-tengah taman-taman tropika yang subur menghadap pemandangan indah tasik dan kolam. 




Di sini korang boleh  menikmati lebih daripada 150 hidangan dari hidangan bufet yang tiada berkesudahan dengan selera tempatan dan antarabangsa. Ia juga menyediakan 18 gerai makanan yang di susun untuk memberi anda kepuasan dalam berbuka. Antara yang popular adalah gerai Durian yang boleh anda makan sepuasnya. Ada gerai Satay, gerai Roti Canai, gerai Kambing golek dan banyak lagi.







Kini korang boleh memilih untuk makan sama ada di bawah sinaran bintang-bintang di tepi kolam berkilauan dengan suasana terbuka atau nak menikmati makanan lebih formal dalam restoran Charcoal yang memberi selera antarabangsa. Promosi Ramadhan di Saujana Hotel Kuala Lumpur boleh di nikmati dari 18 Jun 2015 hingga 15 Julai 2015.


Buka puasa di kawasan kolam renang Saujana Hotel ini memang pengalaman yang menarik untuk korang cuba. Dengan tawaran harga bermula dari RM134.00 untuk dewasa dan RM65.00 untuk kanak-kanak usia 6 hingga 12 tahun. Di sini lebih menekankan hidangan tempatan yang membuka selera anda yang bermula dari ulan-ulaman, Sup Ekor, Bubur Lambuk dan banyak lagi. Kemudian tersedia Lemang pulut dengan serunding, Daging Rendang Minang, Gulai Kambing dengan Pucuk Pegaga, Kari Ketam dengan Nenas, dan Ikan Patin Masak Pindang.









Macam Maha cakap tadi di sini di sediakan 18 gerai makanan lain yang menjanjikan kepuasa dalam berbuka puasa dan juga makanan yang banyak. Juga kat luar ni kalau nak makan buah-buahan dan paling best raja buah Durian yang segar dan menjadi kegilaan ramai sekarang. Kawasan lebih terbuka dan memberi keselesaan dan ruang untuk anda santai sambil makan sampai kenyang.


Kalau anda pilin untuk berbuka di Charcol restoran pula lebih casual dan berstyle international. Kat sini lebih kepada konsep grill restaurant dan juga makanan barat. Bermula dari harga RM146.00 untuk dewasa dan RM73.00 untuk kanak2. Di sini banyak menggunakan barang yang import yang lebih memberi rasa hidangan barat yang anda mahu pilih. Walupun banyak menu luar tapi masih menyediakan hidangan tempatan sempena dengan bulan puasa ini.






Korang boleh pilih untuk makan masakan Nyonya seperti Nyonya Kari Devil, Kari Udang dengan Nenas, Ambila Beef Curry with Ling Beans, Nyonya Chap Chai Vegetable dan boleh makan bersama dengan Nasi Arab, Nasi Madinah dan juga Nasi Dagang. Semua menyelerakan dan memberi anda rasa yang lebih lain daripada buffet biasa.



Buat yang nak mencuba The Saujana Hotel Kuala Lumpur ini terletak di Jalan Lapangan Terbang SAAS. Boleh jumpa hotel ini kerana ia selalu menjadi tumpuan orang ramai untuk bukan sahaja berbuka malah function2 yang lebih besar dan bermakna. Buat anda nak booking boleh buat sekarang dan sekiranya booking dalam kumpulan yang banyak lebih 10 orang ada special offer diskaun 10%. Apa lagi jom buka di sini Maha suda korang bila lagi.

THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR
Laman web : www.shr.my
Tel : 03 7843 1234 ext 6122
Email : dine@thesaujana.com