Buffet Ramadhan Dengan Suasana Meriah Dan Hidangan Yang Banyak Di Sunway Resort Hotel & Spa

Buffet Ramadhan Dengan Suasana Meriah Dan Hidangan Yang Banyak Di Sunway Resort Hotel & Spa - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Di Sunway Resort Hotel & Spa konsep untuk Buffet Ramadhan agak lain sikit di mana mereka menampilkan dua bahagian cafe yang membawa makanan dan hidangan yang berbeza mengikut konsep. Lepas ni boleh makan banyaklah bila datang buka puasa di sini. 




Sunway Resort Hotel & Spa telah menampilkan dua suasana berbeza mempamerkan pelbagai persembahan makanan dan sepasukan chef yang akan memasak lebih 400 masakan kegemaran nostalgia perayaan dan tradisional. Dua cafe itu adalah The Resort Cafe dan Fuzion di tingkat 1 Sunway Resort Hotel & Spa. Buffet ini bermula dari 18 Jun 2015 hingga 16 Julai 2015, di adakan setiap malam untuk makan malam dari jam 6:00 petang - 10:30 malam.







Masakan2 yang di sediakan oleh barisan chef2 yang profesional sungguh banyak daripada negara2 Asia. Selain Malaysia ada hidangan dari negara seperti Singapore, Indonesia, Thailand, Vietnam, China, Korean, Jepun, dan juga tidak lupa hidangan popular dari Timur Tengah. Pada yang memang suka makanan Asia di sini mesti memberi kepuasan buat anda makan dan juga berbuka puasa.




Di sediakan oleh 60 orang chef untuk kedua2 cafe The Resort Cafe and Fuzion semua hidangan di sini akan di tukar setiap hari bagi memberi kelainan kepada anda yang mahu berbuka puasa. Bagi The Resort Cafe banyak menyediakan hidangan Malaysia yang cukup popular seperti Suop Gearbox Turbo, Wagyu Beef, Venison, Chicken, Kambing dan juga makanan laut dan pelbagai buah-buahan.






Harga juga berbeza di mana The Resort Cafe bermula dari RM168 nett untuk dewasa manakala RM78 nett untuk kanak2 dari usia 6 hingga 12 tahun. Maha yang datang sini pun rambang mata nak pilih makanan dan nak makan mana dulu semua enak dan terbaik. Kawasan makanan lebih luas dan juga susun atur yang kemas dan menarik menjadikan ia pilihan terbaik untuk berbuka puasa. 







Manakala untuk makan2 di cafe Fuzion pula korang boleh nikmati hidangan seperti Kambing Golek, Celup-Celup Assam Pedas, Bubur Lambuk dan juga hidangan masakan kawah. Bahagian Kawah Station ini pula ada Rendang Daging Tok, Gulai Ikan Masin Nenas, Ayam Masak Merah dan juga Gulai Masakan Laut. Kat sini sahaja ada lebih daripada 100 hidangan yang pasti membuah perut anda kenyang dan penuh hehehe.











Harga untuk Fuzion ini juga berbeza dimana RM138 nett untuk dewasa dan bagi kanak2 pula RM68 nett. Tapi ia berbaloi dengan makanan yang ada kat sini sedap2 dan menarik untuk di nikmati bersama keluarga atau juga bagi sesetengah company yang nak buat majlis buka puasa juga ada tawaran istimewa. Nak sebut satu2 menu yang ada kat sini tak muat entry ni jadi korang datang sendiri ker sini ok dan boleh nikmati semuanya sekali.

THE RESORT CAFE & FUZION
Tempahan hubungi : 603 7495 2009







0 comment... add one now