Buffet Ramadhan,

Bazaar Desa Yang Menyelerakan Untuk Berbuka Puasa Di Novotel Hotel KL City Centre

Rabu, Jun 10, 2015 Mahamahu 0 Comments

Bazaar Desa Yang Menyelerakan Untuk Berbuka Puasa Di Novotel Hotel KL City Centre - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kalau tiba bulan puasa mesti banyak jualan Pasar Ramadhan atau kita selalu panggil "PARAM". Hari2 kalau tak singgah Param mesti tak sah nak beli makanan berbuka puasa maklumlah sibuk dengan kerja balik pun lambat teperangkap dalam jem.


Tapi kali ini Novotel Hotel Kuala Lumpur membawa selera Bazaar Desa iaitu hidangan yang ada di Pasar Ramadhan untuk anda nikmati dalam Buffet Ramadhan sempena dengan bulan puasa yang akan tiba tak lama lagi. Lebih daripada 100 hidangan yang di sedikan oleh Executive Chef Huzaidy bersama teamnya sepanjang bulan Ramadhan. Tawaran hebat ini bermula dari 20 Jun 2015 hingga 15 Julai 2015.



Seperti dalam Param hidangan tradisional sangat2 membuka selera anda untuk mencuba. Di antara hidangan yang biasa kita jumpa di Param adalah seperti Banana Cheese, Mee Rebus Tulang, Kacang Pool dan Condiments, serta hidangan signature Oven Roasted Lamb dan juga minuman Khatirah Juice. Ini memang tak lengkang bila berbuka puasa tambah2 lagi di bulan puasa akan datang.










Selain itu juga hidangan seperti Satay Ayam dan Daging, Roti Canai, Murtabak, Ediyappam dan juga makanan laut bakar seperti Sotong, Ikan dan Udang. Ada juga sup yang istimewa di sini seperti Tom Yam Ayam dengan santan, Mamak Mutton Sup dan juga yang tak lepas setiap bulan puasa iaitu Bubur Lambuk. Kadang kita akan cari Rojak Buah dan juga Popiah Basah untuk hidangan ringan dan tak berat kertika berbuka.







Bagi pencuci mulut pula di sini sediakan Bubur Manis, Cake, Biskut, Ais Cendol, Lai Che Kang, Pudaing, Buah-buahan segar, Aiskrim pelbagai perasa dan macam2 lagi untuk anda nikmati. Semua hidangan ini dan banyak lagi akan di gilirkan setiap hari untuk memastikan anda menikmati semua hidangan ini dalam bulan Ramadhan. Jadi tak rugi kalau anda datang hari2 pun makan sini harga berpatutan dan makanan banyak.






Sebut tentang harga mesti ramai orang tanya berapa untuk sekepala, kat sini hanya RM95.00 nett untuk dewasa dan RM45.00 nett untuk kanak-kanak bawah umur 8 hingga 12 tahun. Bagi yang buat tempahan awal sekarang hingga 19 Jun 2015 akan dapat harga promosi RM80.00 nett bagi dewasa dan RM40.00 nett untuk kanak2. Wow bestkan harga kat sini masih dalam kemampuan bolehlah bawa family sekali sekala makan makanan hotel hehehe. So selamat berpuasa buat semua muslim dan selamat berbuka puasa semua.

NOVOTEL HOTEL KUALA LUMPUR
Tempahan hubungi : 603 2147 0888 ext 7668
Email : H6324-FB3@accor.com