Bandar Baru Nilai,

D'Laila Mee Udang Ada Menu Bubur Nasi Berlauk Dengan 20 Jenis Pilihan Lauk

Selasa, Mei 05, 2015 Mahamahu 0 Comments

D'Laila Mee Udang Ada Menu Bubur Nasi Berlauk Dengan 20 Jenis Pilihan Lauk - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kadang selera kita ini ikut cuaca juga kan dan ikut keadaan kesihatan kita. Tiba musim hujan dan panas tak menentu ni kita pun juga mood nak makan bubur nasi. Mana nak cari yang sedap dan banyak lauk pauk pilihan. Cari punya cari rupanya ada kat gerai D'Laila Mee Udang kat Bandar Baru Nilai.


Kat sini bukan sahaja ada Mee Udang yang pernah Maha ceritakan sebelum ini, tapi kat sini juga ada macam2 hidangan berlauk dalam clayport Maha pun pernah makan semua ini kat situ. Tapi kali ini Kak Laila telah bawa lagi satu keistimewaan yang ada di gerai ini apa lagi kalau bukan Bubur Nasi Belauk. Special rupanya gerai ini 3 dalam satu pasti tak bosan nak makan dan mcm2 boleh cuba.



Kak Laila Pemilik Gerai

Kalau korang tengok sendiri lauk pauk yang ada untuk hidangan Bubur Nasi ini sahaja dah buat anda rasa terliur. Dari makanan laut ikan masin, sotong, dan ikan bilis, ada juga lauk daging, ayam dan kentang. Semua telah di masak siap hanya anda perlu pilih sahaja mana nak makan dengan bubur nasi.





Korang hanya perlu order satu mangkuk bubur nasi yang di masak dalam satu periuk besar. Kemudian korang sendiri yang pilih lauk pauk yang ada di susun kat depan ni memang menarik dan teruja. Buat orang yang demam dan tak berapa sihat bubur nasi adalah makanan yang sesuai pasti lepas perkena bubur kat gerai ini mesti sihatnya hehehe.





Korang tahukan kat mana gerai D'Laila Mee Udang dan juga D'Laila Clayport Asam Pedas sebenarnya gerai pemilik yang sama jer. Pemilik gerai ini iaitu kak Laila. Harga kat sini memang berpatutan dengan rasa lauk pauk yang pelbagai. Maha pernah dengar pasal Telur Ikan Mayong yang popular kat sini. Tapi Maha tak pernah cuba lagi telur tu nampak menarik.



Bagi yang bercadang nak datang sini boleh pergi ker MMA Santai Conner di Bandar Baru Nilai. Korang akan jumpa food court ini dekat tepi bulatan dan kedai barangan elektrik. Gerai ini buka dari pukul 6 petang hingga 12 tengah malam dan setiap hari. Tapi ingat kalau nak datang hari minggu kena datang awal kerana ramai sangat orang nanti tak ada tempat duduk ok. Selamat mencuba dan selamat makan semua.