Fatburger™ - The Good Kinda FAT - Sekarang Dibuka Di IOI City Mall Putrajaya

Fatburger™ ~ The Good Kinda FAT ~ Sekarang Dibuka Di IOI City Mall Putrajaya - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kebanjiran pelbagai burger yg ada di negara kita kini membuatkan kita agak susah untuk memilih mana satu paling menyerlah dari segi rasa dan citarasa. Tapi bukan semua burger sama memang nampak sama tapi rasa tidak semestinya. Itu yg di tampilkan oleh Fatburger™ dalam menjadi inspirasi makanan berasaskan burger yg paling menarik. 



Fatburger™ kini telah ada di Malaysia dengan cawangan ketiga di buka di IOI City Mall Putrajaya. Pada hari pelancaran Fatburger™ pada 14 Feb 2015 telah belangsung dengan meriah. Burger yg telah lebih 60 tahun berada dipasaran seluruh dunia dan popular di beberapa negara seperti Arab Saudi, New York, China dan banyak lagi.



Paling best makan kat sini pastinya burger dengan patty Halal yg di diterbangkan khas dari Australia. Bagi anda nak makan burger kat sini anda boleh customize sendiri item yg ada dalam set burger ini. Bermula dengan bun, mayo, lettuce, tomato, pickles, onion, relish, Mustard dan Patty. Bagi patty pula korang boleh pilih sehingga 4 lapisan patty paling besar dalam set Fatburger™ ini.


Bagi yg nak add-on bahan lain seperti telur, beef strips, cheese, mushroom and chili kena add-on price. Kalau nak makan dalam set ada air soft drink dan juga fries boleh add harga RM7.50 sahaja. Burger ini juga ada dalam beberapa jenis variety yg lain seperti Western BBQ Burger, Mushroom Cheddar Burger, Thousand Island Burger, Chicken Burger, Chicken Beef Strips Red hot Ranch Spicy Jalapeno Burger dan Honey Garlic Crispy Chicken burger


Selain burger kat sini juga cukup popular Chicken Wings yg mempunya pelbagai perisa dan tahap kepedasan. Di sini ada 3 jenis Chicken Wing untuk anda pilih iaitu Buffalo Wings, Boneless Wings dan Chicken Tenders. Semua Chicken Wings ini boleh di pilih tahap kepedasan dari mild, medium, hot, scorchin dan paling pedas Death Valley. Anda juga boleh pilih perisa yg di saluti pada chicken wings ini iaitu seperti Lemon Pepper, Red Hot Ranch, Sweet Teriyaki, Honey Garlic dan Sweet BBQ.

Buffalo Wings

Tu baru masuk burger dan chicken wing ni pula side menu lain yg boleh anda makan di Fatburger™ ini. Ada Wraps iaitu daging ayam panggang yg di bungkus dalam wraps bersama dengan chipotle, lada jack, keju, bawang, salad dan tomato. Ada juga Onion Rings yg memang rangup dan sedap tak rasa bawang langsung. Kemudian ada appetizers Tangled Texas Twists iaitu Tumbleweed chips yg di selaputi homemade sauce. Makan ni memang sedap dan rangup lain daripada lain. 

Apache Chicken Wraps

Onion Rings

Tangled Texas Twists

Bila dan makan pedas2 dan juga rangup2 ni kalau dapat minum air minuman yg memang sejuk dan smooth mesti menarik. Kat sini ada juga air minuman seperti Hand-Scooped MilkShakes yg terbaik. Mahamahu suka Milk Shake kat sini kerana pekat dan dpt rasa perisa yg terdiri daripada Vanilla, Chocolate, Strawberry dan Oreo Cookies and Ice Cream

Milk Shake Vanilla

Akhir sekali makan mesti kena ada pencuci mulut yg sedap kat sini ada satu pencuci mulut special tak ada tempat lain iaitu Fried Cheese Cake. Ia adalah Cheese Cake yg di bungkus dalam flour tortilla dan di goring rangup bersama dengan sauce strawberry dan juga vanilla asikrim memang terbaik. Kalau suka cake Brownie pun ada iaitu Sizzling Brownie bersama dengan aiskrim vanilla. Yg ni pun terangkat di buatnya. 

Fried Cheese Cake

Sizzling Brownie

Kalau korang nak dtg makan burger dan juga makanan yg terbaik kat Fatburger™ adalah segalanya dengan suasana yg terasa seperti di New York dan juga dengan music rancak menambah selera anda lagi. Mahamahu dan sampai sini anda boleh dtg ker cawangan IOI City Mall Putrajaya atau cawangan KOMTAR JBCC Johor Baharu atau cawangan di Citta Mall Petaling Jaya.  Follow mereka di facebook kalau anda meminati burger mereka. Selamat mencuba.

Fatburger™
Facebook : https://www.facebook.com/fatburgerMy