Abang Brian,

Memasak Bersama Abang Brian Dalam Buku 'Cooking With Kids'

Jumaat, Februari 06, 2015 Mahamahu 0 Comments

Memasak Bersama Abang Brain Dalam Buku 'Cooking With Kids' - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sapa kenal Abang Brian? Ada yg kenal dan ada yg kurang pasti sapa tu Abang Brian. Jom kita kenali sapa itu Abang Brian. Sebelum ini beliau di kenali sebagai Brian Chen yg lahir pada 1986. Mula mendapat perhatian melalui program realiti Master Chef Malaysia musim pertama.


Di situ bermula kerjaya beliau lebih serius dalam dunia masakan. Minat dan cinta beliau juga kepada kanak2 menjadikan beliau seorang yg sinonim dengan program kanak-kanak. Sapa pertnah tgk Chef Adik di RTM1 pasti akan tahu Abang Brian yg memasak bersama kanak2 dalam program tersebut. Minat beliau dalam program perkembangan kanak2 sehingga wujudnya sebuah portal yg melatih perkembangan kanak-kanak. 


Itu serba sedikit tentang Abang Brian bagi yg sapa2 tak kenal. Tapi kini beliau telah melangkah lebih maju lagi dengan terbitnya buku masakan bersama kanak2 yg kini telah berada di pasaran. Buku berjudul "Cooking With Kids - Abang Brian" mempunyai 124 muka surat ini adalah buku tulisan beliau yg ketiga sepanjang beliau begelar Chef ini.


Buku terbitan MPH Publishing ini juga mengandungi beberapa tips dan penduan untuk memasak bagi ibu bapa dan juga untuk kanak2 yg mahu belajar memasak. Tips yg berguna agar masakan ibu bapa lebih menarik perhatian anak2 sgt berguna dalam buku ini. Abang Brian juga menitik beratkan bagaimana setiap bahan yg di gunakan dapat memberi manfaat kepada kanak2 yg memakannya.



Buku ini juga mengandungi beberapa faktar menarik tentang makan yg boleh ibu bapa dan kanak2 jadikan sebagai panduan mahupun pendidik peringkat awal. Paling best dalam buku ini adalah bila tiba bahagian memasak dan juga menghias masakan. Menggunakan kreativiti semasa berada di Masterchef Malaysia setiap makanan yg di hasilkan nampak lebih menarik dan kreatif. Ini akan melahirkan minat anak2 untuk makan dan juga melahirkan pemikiran yg kreatif di kalangan kanak2.



Korang boleh dapatkan buku ini di pasaran dan kedai2 buku yg berhampiran, kalau di MPH harga buku ini hanya RM39.90. Mahamahu dah ada satu buku ini dan ia cukup menarik untuk di jadikan koleksi buku memasak anda. Korang juga boleh berhubung dan berkongsi pendapat atau nak ketahui aktiviti Abang Brian boleh follow beliau di laman facebook beliau. Akan lebih banyak lagi karya dan juga hasil buah tangan dari Abang Brian yg di rancang akan keluar termasuklah program TV beliau sendiri nanti. Nantikan Abang Brian di kaca tv anda ok. Selamat mencuba....