Dapur Mahamahu Resepi Nasi Goreng Salmon Buatan Sendiri

Dapur Mahamahu Resepi Nasi Goreng Salmon Buatan Sendiri - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Dah lama Mahamahu tak update resepi masakan sendirikan. Walaupun tak sedap tapi tetap nak cuba buat juga hehehehe. Tapi kalau sapa2 yg pernah cuba resepi Mahamahu ni boleh lah share and bagi pengalaman sikit adakah menjadi atau tidak hehehe.


Kali ni Mahamahu nak buat satu lagi menu khas untuk org bujang yg nak memasak cara mudah dan sedap (perasan sedap wakakaka). Nama hidangan ini Nasi Goreng Salmon. Mudah jer nak buat tak perlu bahan2 yg susah cuma ikan salmon jer kena beli kat pasaraya. Jom tgk antara bahan2 yg Mahamahu gunakan untuk buat Nasi Goreng Salmon ni.

Bahan-bahan
1 filet Ikan Salmon 
1 sudu lada hitam
1/2 sudu garam
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inchi halia
1 gengam cili kering
3 sudu minyak masak
3 cawan nasi putih
5 batang kacang panjang
Daun sup dan cili padi untuk hiasan


Cara membuatnya
1) Potong cili kering kecik2 dan rebus dengan air panas untuk membuang biji dan melembutkannya.
2) Kisar cili kering bersama bawang besar, bawang putih dan halia sehingga hancur dan ketepikan dulu.
3) Basuh ikan Salmon anda dan pastikan tiada tulang. Gaul bersama lada hitam dan garam secukup rasa.
4) Goreng dalam kuali dengan minyak yg sikit untuk dapatkan kegaringan di luar jgn goreng terlalu lama.
5) Racik-racikan isi ikan salmon sehingga menjadi hancur untuk di masuk ke dalam nasi goreng nanti.


6) Panaskan minyak masak tadi dan tumis bahan yg di kisar sehingga naik bau.
7) Masukan pula nasi bersama dengan garam secukup rasa gaul sehingga sekata.
8) Masukan sayur kacang panjang yg di potong kecil dan kemudian masukan daging ikan salmon yg telah di racik-racik tadi.
9) Goreng sehingga semua bahan sekata dan boleh di hidangkan dalam pinggan.
10) Taburkan daun sup dan juga cili padi untuk hiasan di atasnya.

Mudah bukan nak buat walaupun step agak banyak tapi semua adalah perkara asa dalam memasak nasi goreng. Mahamahu suka kalau nasi goreng dengan kacang panjang yg di potong kecil ni. Korang boleh gantikan dengan sayur lain kalau tak suka kacang panjang. Apa pun hidangan ini memang sesuai untuk makan tghari atau makan mlm bagi org bujang mcm Mahamahu ni. 


Sebenarnya resepi Nasi Goreng Salmon ini Mahamahu ada share di dalam laman sesawang LetsMasak.com. Kalau korang nak tgk secara detail boleh pergi ke laman ini dan boleh juga share resepi2 yg korang masak tu. Jgn lupa untuk komen masakan Mahamahu di sana ok. Yg paling best korang boleh dapat duit kalau share resepi dalam laman ini. Tak caya pergi tgk sendiri. Ok selamat mencuba...






0 comment... add one now