Banjir,

Misi Membantu Mangsa #PascaBanjir

Selasa, Januari 13, 2015 Mahamahu 0 Comments

Misi Membantu Mangsa #PascaBanjir - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan sekalian. Syukur pada Allah kita yg berada di barat semenanjung ni masih terhindar dari malapertaka yg besar seperti ini. Bila di kenang nasib mereka yg ada di Pantai Timur tu memang tak terduga oleh hati dan perasaan. Mahamahu pun tergerak untuk membantu mereka yg mengalami banjir di Kelantan. Mahamahu pun ada kongsi kepada anda beberapa tips untuk persediaan anda sebelum pergi membantu mangsa banjir. Korang boleh tgk kat sini [klik sini] untuk dapatkan tips2 tersebut.


Mahamahu bersama kawan2 office gerak dari KL dalam jam 3ptg untuk target sampai sana di lokasi penginapan kami waktu mlm dan boleh rest dulu sebelum bermula kerja membantu mangsa banjir. Kami kat sana tinggal bukan lah hotel mewah tapi rumah kg salah seorang kawan kami di Kelantan. Nasib rumah di tidak di landa banjir di area Machang. Target kami untuk membersihkan kawasan Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah dan juga Pejabat Pendaftaran Negara Tanah Merah.


Perjalanan panjang kami dari KL ker Kelantan memakan masa lebih kurang 6-7 jam kerana biasalah jalan berkonvoi 3 buah kenderaan ini memang byak rehat penat. Pejalanan kami di sambut dengan cuaca yg redup dan juga hujan di sesetengah tempat. Kami singgah untuk beli barang di beberapa tempat bagi membantu mangsa banjir. Perjalanan kami akhirnya sampai ker jajahan Gua Musang yg telah banyk kembali pulih terutama di kawasan bandar. Tapi masih ada beberapa kawasan yg tidak recover lagi seperti Dabong dan Laloh. Semua itu semua kawasan pendalaman yg memang jauh daripada bantuan. Team kami akan hantar untuk pasuka kedua pergi ker sana bagi membantu mangsa banjir di sana. 


Tapi yg paling sedih bila kami mula melalui perjalanan di sepanjang Kuala Krai. Dalam waktu malam yg dingin dengan cuaca hujan anda pasti tersentuh bila melihat suasana di sana. Dalam samar2 malam tu kalau di perhatikan betul2 anda dapt lihat kesan tinggalan banjir. Rumah yg musnah dan juga kawasan yg tinggl hanya tapak dan tiada rumah. Kawasan tu masih tiada elektrik semasa kami lalu dan dapat lihat org sana yg tinggal dalam khemas dan perhentian bas untuk bermalam bersama keluarga dengan bekalan lilin. Sedih dan sayu sgt hati. 


Kami akhirnya sampai ke Machang untuk berehat pada mlm tu bagi mendapatkan tenaga sebepnuhnya untuk membantu mangsa banjir esok nya. Hari siang dan pagi kami sarapan di kg tersebut dan terus bergerak ke kawasan banjir untuk membantu membersihkan kawasan yg di landa banjir. Penting niat kena betul untuk pergi membantu dan membersihkan kawasan banjir bukan nak suka2 berjalan atau pergi melancong. Semasa kami sampai di Jabatan Kesihatan Tanah Merah semua kawasan telah di bersihkan jadi kami pun pergi ker JPN Tanah Merah kerana kat sana masih belum di bersihkan.


JPN Tanah Merah adalah antara agensi yg di landar banjir termasuk agensi2 lain yg berasa di sekeliling Tanah Merah. Hanya yg nampak selamat tidak di landa banjir adalah Hospital Tanah Merah yg berada tinggi di atas bukit. Kami sampai sana ada team JPN dari seluruh Malaysia untuk membantu membersihkan. Tapi masih tidak cukup kerana banyk barang lagi dan banyk tempat nak bersihkan. Kami mengambil masa sehari untuk membersihkan keseluruhan pejebat tersebut kerana agak banyak bilik. Tapi masa inilah anda dapt lihat semangat kerjasama dan sepekatan rakyat Malaysia dalam menghulur bantuan memang tidak terhingga tu hebatnya kita Malaysia.


Memang memerlukan kuderat yg kuat untuk anda buat kerja kalau setakat rehat dan duduk jer baik tak payah dtg. Masa kami sampai sana pejabat tu di tutup bekalan elektrik kerana paras air adalah setinggi almari. Jadi nak bersih semua kawasan kena tutup bekalan elektrik kami hanya gunakan generator untuk dapatkan bekalan bagi menggunakan water jack. Banyk juga lumpur yg perlu di buang dalam pejabat tu, tapi kalau buat kerja ramai2 akan jadi mudah dan cepat.


Alhamdulillah akhirnya siap juga kerja kami untuk membersihkan pejabat tersebut walaupun makan masa yg lama. Penat hari tu sehari kerja kami pulang dengan keadaan badan yg letih dan juga kekotoran pada baju. Satu lagi tip Mahamah nak bagi bila nak bantu mangsa pasca banjr jgn dtg dengan pakaian cantik kalau boleh pakai pakaian yg pakai buang kerana kekotoran semasa membersih tu nanti tak kan nak bawa balik. Buang sahaja baju dan seluar tu, bawa seluar dan baju buruk senang untuk anda tak perlu basuh ok.


Hari kedua kami di sana dan bergerak ker Terengganu utnuk pergi menziarah salah seorang mangsa banjir di sana yg merupakan rakan sepejabat yg bercawangan di Terengganu yg di landa banjir. Rumah beliau betul2 di tepi sungai dan dapat lihat banjir yg naik tinggi dari biasa katanya. Sebelum ini selalu banjir tapi tidak seteruk tahun ini. Kawasan banjir di Kuala Berang tempat tinggal kawan sepejabat tu memang terus di landa banjir. Habis jalan tutup dan juga byk tempat di tenggelami banjir. Dpat sampai sana untuk menghulur bantuan dan membantu apa yg patut. Setelah hampir seharian berjalan kami pun akan pulang ke KL.



Tapi hati masih rasa hiba dan rasa tidak puas untuk membantu mangsa banjir kerana tgk keadaan mereka memang memerlukan bantuan kita. Video di atas di hasilkan bagi memberi situasi sebenar selepas banjir untuk anda insafi. Biar lah tidak besar bantuan anda tapi ia dpt meringankan beban dengan membersih kesan2 banjir. Mahamahu galakan kepada kawan2 yg nak pergi sana perlu buat persediaan secukupnya ok jgn jadi masalah di sana nanti. Menjaga keselamatan anda dan kesihatan anda semasa berada di kawansan banjir ok. Semoga niat murni anda di balas olehNya Insha Allah....