Dapur,

Dapur Mahamahu Resepi Kuih Tradisional Seri Muka Paling Mudah

Sabtu, Januari 03, 2015 Mahamahu 0 Comments

Dapur Mahamahu Resepi Kuih Tradisional Seri Muka Paling Mudah - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Hari ni hari minggu nak belajar buat satu lagi kuih tradisional kita yg cukup popular. Kalau time bulan puasa ia adalah kuih paling di cari2 dan senang nak dpt di mana2 bazar Ramadhan. Tapi bila bulan biasa mcm ni memang tak jumpa susah kalau ada pun gerai tepi jalan kat kg2.


Itu lah dia kuih tradisional Seri Muka. Hari ni nak belajar sama2 kita buat kuih Seri Muka paling mudah dan cepat. Kalau nak buat untuk sarapan pagi atau minum petang memang sesuai sgt sambil perkena teh panas. Paling penting mestilah bahan2 yg hendak di masak kerana kuih ini ada dua bahagian utama iaitu lapisan bawah pulut dan atas lapisan pandan.


Lapisan bawah Pulut
1 cawan beras pulut putih 
1 cawan santan cair 
1 sudu teh garam
2 sudu teh minyak masak 


Cara nak sediakan lapisan bawah ini yg penting adalah pulut itu di basuh dan di rendam selama lebih kurang 4 jam untuk dapatkan hasil pulut yg lembut dan lemak. Lepas tu pulut dah di toskan air campurkan semua bahan2 tadi bersama dengan pulut. Bila dah sebati sedikan satu loyang yg bulat dan masukkan pulut tadi dan ratakan. Kukus dalam pengukus selama lebih kurang 30 minit. Sementasa tu kita buat bahagian atas pula. 

Lapisan atas Pandan 
2 cawan santan pekat
150 ml air 
4 helai daun pandan
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung ubi
1 cawan gula pasir 
1 biji telur ayam
1/2 sudu teh garam 


Cara penyediaan bahagian atas ni pula pertama penting daun pandan yg di kisar halus bersama dengan air dan tapiskan. Ini nak dapatkan pati pandan asli dengan bau dan warna jadi tak perlu guna pewarna lagi ok. Lepas tu baru ayakan semua tepung iaitu tepung gandum dan tepung ubi. Kemudian campurkan semua bahan tadi iaitu pati pandan, tepung dan juga bahan lain yg tidak di campurkan lagi. Gaul sebati dan kemudian tapis adunan agar dapat kecairan yg cantik dan tanpa bahan asing lain. 



Selepas 30 minit pulut tadi kita kukus keluarkan dan kemudian kita penyetkan pulut tu agar lebih padat dengan menggunakan senduk. Tekan2 biar pulut padat agar kita tuang adunan atas tadi tidak akan bercampur dengan pulut. Lepas sejukkan sekejap baru kita tuangkan lapisan atas tadi ke atas pulut sehingga penuh. Kemudian kita kukus lagi selama lebih 45 minit untuk dapatkan hasil yg lebih sempurna.


So last sekali bila dah tamat tempoh memasak tadi kuarkan kuih dalam pengukus dan sejukkan dahulu sebelum kita boleh hidang. Korang boleh dpatkan periuk pengukus murah dan mudah kat sini. Bila dah sejuk baru kuih ni senang untuk di potong dan di hidangkan. Hidang mengikut selera anda, kuih Seri Muka sesuai untuk di jadikan sarapan pagi atau minum petang atau juga sebagai pencuci mulut. Jadi kita sebagai org Melayu ni jgn lah tak pandai buat kuih tradisional Seri Muka ni, sekurang2 boleh masak sendiri kat rumah atau pun kalau sedap boleh business. Selamat mencuba semua.....


Dapatkan resepi ini di sini juga LetsMasak.com








0 Pandangan: