Teater Bangsawan Merong Mahawangsa di Pentas Auditorium DBKL

Teater Bangsawan Merong Mahawangsa di Pentas Auditorium DBKL - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mahamahu selain dari gemar makan Mahamahu juga gemar kepada bidang seni lakonan dan teater. Tak selalu bekesempatan untuk menyaksikan persembahan teater atau persembahan pentas hanya beberapa kali sahaja. Sebab tu bila dpt jemputan untuk menonton teater bangsawan memang begitu teruja dan rasa tak sabar.


Akhirnya pada 11 Oktober 2014 bertempat di Auditorium DBKL, Mahamahu berjaya menyaksikan satu lagi hasil karya terulung anak tempatan dalam bentuk teater bangsawan yg hebat dan boleh dikatakan bertaraf antarabangsa jugalah. Merong Mahawangsa adalah sebuah karya yang ramai org tahu bukan sahaja dalam dunia teater malah dalam layar filem cerita sejarah ini telah di tayangkan.




Jadi Mahamahu begitu teruja sekali menyaksikan persembahan teater bangsawan seperti ini. Mahamahu bagi sikit sinopsis cerita sejarah teater ini buat reminder kepada anda semua takut ada yg dah lupa. Cerita berbunyi begini "Kisah tertumpu kepada 2 pasangan berkasih iaitu Merong Mahawangsa dan juga Embok, seorang gadis kampong di tanah Langkasuka. Impian cinta mereka digambarkan sungguh indah, namun tidak terlalu jelas seperti percintaan pasangan kekasih lain, oleh kerana perjalanan kehidupan mereka penuh dengan pergolakan latar belakang diri".




Itu serba sedikit sejarah cerita di sebalik teater ini, tapi apa yg Mahamahu nak ceritakan di sini adalah keseronokan Mahamahu menonton teater bangsawan ini. Ia tidak sama dengan teater biasa kerana jalan cerita dan prop yg diguna pakai walaupun tidak selengkap mana tapi ia dapat melambangkan keadaan dan situasi dalam satu2 babak. Selain tu garapan musik dan irama lagu sepanjang persembahan menarik dan memberi rasa kita di buai dalam cerita sejarah ini.


Plot2 cerita diterangkan dengan teliti, namun masih ada ruang yg boleh di perbaiki dan ditambah baik di masa2 akan dtg. Mahamahu bukanlah org yg pakar dalam dunia teater ini tapi sebagai penonton Mahamahu dapat rasa beberapa perkara yg perlu penambah baikan. Seperti dalam slot perbulan antara Merong dan juga Pak Kesom yg begitu telalu meleret dengan dialog yg panjang tanpa aksi menarik. Malah kekuatan Merong sebagai seorang org dagangan tidak ditonjolkan kerana babak berlawan antara Merong tidak begitu nyata.


Tapi bagi Mahamahu teater ini masih menarik dan boleh di banggakan juga dan boleh di teruskan di masa akan dtang. Tahniah kepada barisan pelakon dari Opera Sri Bandaraya DBKL dan juga tahniah kepada pengarah iaitu saudara Putra Raja @ Raja Azrey yg telah menjayakan teater ini dengan cemerlang. Terima kasih Mahamahu kepada JKKN dan DBKL kerana memberi peluang untuk Mahamahu menonton teater yg menarik ini.


Maaf dari Mahamahu kerana tidak dapat memberi anda pandangan yg menarik kerana itu sahaja sudut yg Mahamahu dapt untuk menonton teater ini. Apa pun JKKN dengan kerjasama beberapa kumpulan teater bangsawan akan meneruskan persembahan di masa2 akan datang dengan kisah2 yg lebih menarik dan mengujakan. Kalau anda nak tahu jadual tayangan teater seterusnya boleh layari laman web JKKN di www.jkkn.gov.my. Bulan Oktober hingga November 2014 akan ada Festival Teater Malaysia yg membariskan 6 kumpulan pengiat teater untuk bertanding dengan karya masing2 mesti lagi hebatkan.


Jgn kita luputkan warisan teater Malaysia yg tidak kurang hebatnya malah ada persembahan teater betaraf antarabangsa juga boleh kita banggakan. Terima kasih kerpada Destination Malaysia kerana menjemput Mahamahu menonton teater ini. Mahamahu suka teater kalau ada jemputan lagi Insha Allah tidak akan di lepaskan. Selamat menonton semua kawn2...



*Gambar dari www.dikbee.com