Hidangan Sizzle With Sausages Bersemperna OctoberFest Di Armada Hotel PJ

Hidangan Sizzle With Sausages Bersemperna OctoberFest Di Armada Hotel PJ - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kalau kawan2 perasan Mahamahu selalu buat review untuk Armada Hotel Petaling Jaya ini. Bukan kerana Mahamahu duta tapi Mahamahu tahu di hotel ini tidak pernah sepi dengan promosi dan kelainan hidangan setiap bulan. 


Di Utara Coffee House Armada Hotel Petaling Jaya bagi bulan Oktober ni mereka kembali lagi denga hidangan di beri nama Sizzle With Sausages. Kesemua hidangan ala cart  ini di sediakan oleh profesinal chef mereka dengan garapan dan gabunga beberapa hidangan sampingan yg menjadi menu sosej ini lebih menyerlah dan sedap.

Foot Long Sausage

Terdapa 5 jenis hidangan sosej yang berlainan di tampilkan kali ini. Hidangan sosej pertama kali ini di beri nama Foot Long Sausage yg terdiri daripada 2 pcs sosej panjang dengan kentang lenyek dan sauerkraut atau pun kobis jeruk makanan sepcial negara German. Harga hidangan ini RM26.00 untuk satu pinggan.

Cheese Frankfurters
 
Hidangan sosej kedua pula di beri nama Cheese Frankfurters iaitu terdiri daripada 3 buah frankfurter dengan mayonis bawang putih, kentang goreng dan sauerkraut. Harga bagi hidangan ini pula RM24.00.

Chicken Jumbo Sausage
 
Chicken Jumbo Sausage adalah hidangan ketiga terdiri daripada 2 pcs sosej dengan salad kentang, dan sauerkraut. Manakala harga bagi satu pinggan hidangan ini adalah RM26.00

Spicy Sauteed Sausages
 
Hidangan seterusnya ini pula seperti hidangan tempatan kita memang cukup familiar. Sosej goreng tumis dengan ikan bilis, bawang dan cili di beri nama Spicy Sauteed Sausages. Bagi hidangan ini berharga RM24.00.

German Bratwurst
 
Hidangan terakhir ini pula di panggil German Bratwurst yg mengandungi 2 pcs sosej dengan sepotong daging lembu dan sauerkraut epal. Mankala harga bagi hidangan ini pula berharga RM26.00 sepinggan.

Sticky Caramel Date Cake - Kek sepcial bulan Oktober
 
Sekiranya anda ingin membuat tempahan untuk makan malam special date atau sebagainya boleh terus berhubungi Utara Coffee House di Armada Hotel PJ di talian  sila hubungi 603-7954 6888 ext 4557 sekarang. Promosi ini hanya di buka untuk bulan Oktober 2014 sahaja. Cepat2 sebelum terlambat. Selamat menjamu selera.







0 comment... add one now