Mahamahu,

Petua Nak Hilang Panas Tangan Kerana Cili

Khamis, Julai 17, 2014 Mahamahu 0 Comments

Petua Nak Hilang Panas Tangan Kerana Cili - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. 2 hari lepas Mahamahu tiba2 jer dtg rajin nak memasak untuk berbuka puasa. Jadi pergi pasar untuk beli bahan2 nak masak Ayam Masak Merah, Nasi Butter, Acha Sayur dan juga Papedom. Maklumlah cutikan so tiba2 rasa nak uji kemahiran memasak, dah lama tak masakkan.


Masak bersama kawn2 serumah memang seronok di bulan puasa ni, dapat masak banyak dan juga makanan kegemaran. Tapi yg jadi masalah bila dah siap masak, tambah2 Mahamahu potong cili merah yg pedas. Mula2 ingat tak ada apa2 pun just potong mcm biasalah guna pisau dan tangan tak pakai alas apa2 pun. Tapi bila dah selesa makan berbuka puasa bila time nak rehat2 mlm tu memang sebelah tapak tangan ni jadi panas sgt. 


Bukan panas melecur tapi panas dalam tapak tangan dan jari2 tu, rasa tak selesa nak tido dan nak rehat. Mahamahu dah mula gelisah tak tahu nak buat apa, tiba kawn cadangkan cari petua kat Google untuk tgk mcm mana nak hilangkan panas tangan kerana cili. Bila search baru jumpa mudah jer petuanya, caranya hanya bancuh garam dalam air yg suam dan lepas tu rendamkan tangan yg panas itu selama 5 minit. Lepas jer rendam memang terus lega sgt tangan tak ada rasa panas.

Mahamahu ada baca satu petua lagi iaitu dengan memanaskan tapak tangan pada api dalam beberapa minit. Panaskan sahaja tangan jgn masak pulak tangan tu hehehehe. Bila Mahamahu dah cuba tu memang berkesan dan baru tapak tangan ni lega dan rasa selesa sikit nak tido mlm tu. Beguna juga petua org tua2 ni kan, bila dah emergency mcm ni nak g klinik pun jauh and tak ada masa. Guna petuan yg mudah dan cepat ni. Terima kasih pada org2 dulu kala yg bagi petua ni. Kawn2 semua pun selamat mencuba ok....








0 Pandangan: