Kereta,

CITICARS Jom Service Kereta Untuk Balik Raya

Selasa, Julai 15, 2014 Mahamahu 0 Comments

CITICARS Jom Service Kereta Untuk Balik Raya - Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Bila time nak blik raya ni mesti merancang untuk mencari tempat service kereta yang berpatutan. Yer lah nak service mesti kedai yg terbaik, alat ganti yg original dan juga harga berpatutan. Mahamahu sendiri pun cari semua tu, tapi ada lagi special service yg ada di CITICARS Auto Servicing.



Kat mana CITICARS Auto Servicing ni? Mahamahu telah pergi service sendiri kereta di sana. Paling special yg Mahamahu maksudkan tu ialah lokasi CITICARS ini cukup selesa dan cukup mudah untuk di cari. Ia berada di parking kereta Sunway Piramid dan satu lagi cawangan di Gardens KL. Itu yg menjadikan pusat service kereta ini cukup best bagi Mahamahu.




Keutamaan pusat service kereta ini ialah keselesaan pelanggan yg ingin menghantar kenderaan mereka di kawasan parking. Selain tu juga, bila anda dtg sini boleh hantar kereta untuk service dan lepas tu boleh pergi shopping dalam Sunway Piramid atau Gardens KL sementara menunggu kereta anda siap. Jadi tak perlu risau untuk tunggu lama dan anda boleh buat kerja2 lain seperti mana Mahamahu telah rasai sendiri.

Shopping time menunggu kereta siap


Lagi best kat sini di sediakan 26 bahagian pemeriksaan secara percuma untuk mereka yang dtg ke pusat service CITICARS ini. 26 bahagian tu di periksa semasa anda menghantar kereta dan selepas itu barulah mereka akan bagi cadangan mana part yang perlu di ganti atau di service. Pemeriksaan percuma ini mana ada di tempat lain  di CITICARS sahaja. 26 bahagian yg Mahamahu maksudkan tu adalah seperti di bawah :-

1) Engine (oil level, oil condition)     
2) Radiator, hoses & caps     
3) Lighting system
4) Windows (function)     
5) Hand brake   
6) Cranking system ( intial voltage, cranking RPM, cranking volts)
7) Cooling System   
8) Drive belts (condition, function)   
9) Tyres
10) Foot brake   
11) Charging syatem (charging rate, diode pattern)   
12) Air Cleaner
13) Steering (oil level, oil condition)     
14) Steering linkage   
15) Fuel syatem ( idle mixture, cruise mixture)
16) Spark plugs   
17) Brake/clutch (fluid level, fluid condition)   
18) Transmission (oil level, oil condition)
19) Battery/ battery terminals and cables     
20) Windscreen washer   
21) Front and back brake lines
22) Rear axie (oil level, oil condition)   
23) Fuel filter (transparent type)   
24) Windscreen wipers
25) Doors (function)   
26) Engine (starting characteristics, acceleration)


Mahamahu memang puas hati dengan service mereka, dalam hanya masa lebih kurang 20 - 30 minit pemeriksana itu selesai dan anda akan di berikan nasihat daripada kakitangan mereka yg pakar tentang bahagian yg perlu di ganti atau di service. Semua alat ganti yg akan di ganti adalah original dan juga mempunyai waranty mengikut jenis alat ganti tersebut. Tapi yg Mahamahu baru tahu kat sini mereka menggunakan gas Nitrogen untuk mengepam tayar bukan udara biasa. Kata mereka kelebihan gas Nitrogen ini adalah menjadikan udara dalam tayar tidak terlalu panas jika perjalanan yg jauh dan lebih selamat kepada tayar anda.

Tengah isi udara Nitrogen

Tengah tukar minyak hitam

So bila sebut service kereta ini paling jadi perhatian mestilah harga, pengguna mcm Mahamahu dan anda mesti nak harga yg komprehensif dan juga service yg terbaikkan. Bagi Mahamahu harga di sini memang cukup berbaloi dengan service yg mereka berikan. Kalau korang tgk pada jenis pakej yang di sediakan di sini pasti anda rasa mcm tak percaya bahawa di sini adalah paling sesuai mengikut keselesaan suasana tempat service ini. Tapi ingat ini harga untuk mereka yang menjadi member sahaja tau.


Mahamahu hari tu pergi service dan telah buat pemeriksaan dan mereka telah cadangkan untuk menukar beberapa alat kepada yg baru dan lebih selamat. Mahamahu tak kisah sebab kereta ini kita akan guna lama, dan dah dekat dengan musim blk kg ni service kereta adalah keutamaan. Jadi service untuk balik raya ini penting lakukan sekarang jgn tunggu lagi nanti saat2 akhir dan tak sempat.



Selain perancang perjalanan anda untuk balik raya, yg penting adalah serivce kenderaan untuk mengelakkan kecelakaan dalam perjalanan balik kg nanti. Sempena dengan bulan Ramadhan dan Hari Raya ini mereka juga menyediakan promosi hebat iaitu setiap service akan menerima voucher aiskrim Moo Cow secara percuma. Bersesuaian dengan moto mereka "We C.A.R.E About Your Vehicle" dimana CARE yg membawa maksud Convenient, Affordable, Reliable dan Efficient


Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan juga membuat tempahan untuk mendapat service di CITICARS ini boleh berhubung dengan mereka di laman web dan no tel di bawah ini. 

Tel :- 03 - 5611 0398