Dapur,

Dapur Mahamahu Makanan Sihat Salad Mangga

Rabu, April 23, 2014 Mahamahu 0 Comments

Dapur Mahamahu Makanan Sihat Salad Mangga - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kali ni Mahamahu nak belajar cara nak buat salad makanan sihat untuk diri sendiri. Sekali sekala buat salad apa salahkan selalu makan makanan goreng jer hehehehe. Kali ni Mahamahu nak buat Salad Mangga kerana salad ini Mahamahu campur antara sayur dan juga buah-buahan.


Bahan2 yg di perlukan adalah seperti buah mangga masak, daun salad, timun, nugget, minyak zaitun, lada hitam dan juga mayonis. Mudah jer nak sediakan Salad Mangga ni tak perlu masak dengan dapur tapi cuma potong2 dan campur. Tapi goreng nugget jer lah perlu untuk dpatkan rasa rangup dalam salad tu. 




Cara sediakan bahan2nya mudah jer hanya potong mangga dan timun bentuk julian atau org kita selalu potong panjang2 lah cara senang. Potong buah mangga, timun dan juga daun salad kecil2 supaya sedap untuk di makan. Selepas tu nugget yg di goreng tadi di potong dadu agar saiz tak besar dan kecil senang untuk makan.



Lepas semua tadi siap di potong campurkan semua bahan2 yg di potong tadi dalam satu mangkuk besar. Campurkan juga dengan minyak zaitun, serbuk lada hitam dan juga mayonis. Gaulkan biar sebati dan dah siap untuk di hidangkan. Boleh dimakan begitu sahaja atau makan dengan nasi juga boleh ada rasa manis buah, ada rasa rangup nugget dan juga daun salad segar. Paling sedap kalau di gunakan semua bahan2 segar baru rasa salad yg sihat. Selamat mencuba ok.....