Aktiviti,

Sehari Sebelum SBB & Yeo's 2014

Jumaat, Mac 07, 2014 Mahamahu 0 Comments

Sehari Sebelum SBB & Yeo's 2014 - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Rupa sehari jer lagi tinggal untuk kita sama2 bertemu dalam sebuah acara blogger paling besar di Asia Ternggara "Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2014". Mahamahu antara yg akan hadir pada hari kemuncak esok bertempat di Saloma Bistro Kuala Lumpur. Rasa sungguh teruja dan juga tidak sangka akan dpt bertemu blogger2 otai di sana.

Tapi apa yg Mahamahu perlu tahu sebelum menjelangnya hari penuh sejarah tersebut, mcm hari perayaan pula rasanya hehehe. Sebagai blogger yg baru Mahamahu rasa persediaan tak adalah besar sgt cuma lengkapkan diri untuk berhadapan dengan blogger2 otai. Penampilan juga perlu kemas dan juga perlu sentiasa trampil daripada org lain, ayat terknikal sgt kan hehehe.


Selain tu juga, kita kena tahu apa aktiviti pada hari tersebut jgn pakai dtg jer kan hehehe. Pastinya sedia untuk acara forum atau lebih di kenali sebagai acara berkongsi pengalaman dengan para panel blogger2 otai. Di antara barisan panel yg Mahamahu tunggu2 untuk SBB kali ini adalah Red Mummy, Ben Ashaari, Shafie Bustan dan juga penyanyi Zarul Husin. Pastinya banyk ilmu yg akan di kongsikan bersama meraka jadi sediakan minda yg positif agar semua info dpat masuk dalam minda dan di amalkan.


Tapi perkara paling penting kita kena tahu adalah barisan penaja yg hebat2 dan juga mereka yg dah cukup gah dalam persada dunia industri di Malaysia. Untungnya SBB tahun ini penaja terdiri daripada pelbagai latar belakang industri untuk kita ketahui. Mari kita kenali serba sedikit apakah sebenar bidang business yg di lakukan oleh penaja utama dan juga penaja bersama SBB 2014.

Penaja Utama

Yeo's 

Yeo's adalah antara jenama makanan dan minuman yg paling popular dan paling besar di Malaysia. Menjadikan pengeluaran bahan makanan dan minuman dengan bahan segar dan sentiasa asli Yeo's adalah jenama yg boleh di percayai. Dengan moto "Yeo's Pilihan Semulajadi" menjadi jenama ini boleh menerajui serata dunia seperti Indonesia, Amerika Syarikat, New Zealand, Australia, Eropah dan Indochina. Layari laman web http://www.yeos.com.my untuk daptkan maklumat lanjut tetang product Yeo's.

Penaja Bersama

Ephyra

Ephyra adalah jenama untuk makanan tambahan bagi kesihatan luaran iaitu kulit dan kesihatan dalam untuk menjadikan tubuh anda sentiasa kuat dan sihat. Product daripada fomula antarabangsa kini untuk rakyat Malaysia yg mahukan lebih cantik dan bersih luar dan dalam. Boleh dapatkan product Ephyra daripada HQ OceanLife atau boleh beli melalui ajen dan juga boleh dapatkan secara online dengan harga paling berpatutan. Layari laman web http://oceanlife2u.com atau like facebook mereka sekarang juga.

Lazada

Lazada adalah gedung membeli belah secara online terbesar di Malaysia. Bukan sahaja untuk dapatkan barang keperluan harian anda seperti baju, kasut dan aksessori tetapi juga anda boleh dpatkan barang elektronik dan barang rumah di Lazada. Mudah cepat dan paling banyk pilihan barangan untuk anda dapatkan di Lazada. Jgn buang masa dengan membeli belah cara tradisional tetapi kini teknologi depan mata menjadikan hidup lebih cepat dan mudah. Layari laman web http://www.lazada.com.my sekarang dan dptkan barang keperluan anda.

Al Ansar Health

Al Ansar Health adalah salah satu anak syarikat di bawah Al Ansar Group yg menyediakan perkhidmatan perubatan Islam untuk masyarakat Malaysia. Antara rawatan yg di sediakan adalah untuk penyakit resedung, mata, saraf dan banyak lagi. Selain itu juga, mereka menjual product kesihatan untuk rawatan dalaman bagi melengkapi setiap keperluan rawatan rakyat Malaysia. Walaupun masih baru Al Ansar Health menyediakan perkhidmatan terbaik dan profesional kepada anda. Layari laman web mereka untuk dapatkan maklumat lanjut.

MyNIC

MyNIC adalah satu2 pengurus kepada domain .my di Malaysia. Syarikat di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia  Malaysia. Ramai sekarang pengguna mula menggunakan domain .my kerana ia lebih nampak semple dan mudah untuk di kenal pasti asal usul laman web tersebut. Layari laman web http://www.mynic.my/en/index.php untuk dapatkan maklumat lanjut berkaitan program ini.