Sambutan Hari Hijab Sedunia Kenapa Tak Boleh?

Sambutan Hari Hijab Sedunia - Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Mahamahu juga tidak lupa kepada rakan2 sekalian. Sambutan Hari Hijab Sedunia tak tahu pun? Kat Malaysia tak pernah dgr pun pasal sambutan ini. Tiba2 timbul pula isu di negara jiran kita bahawa kempen ini di halang. Berita ni pun dpt tahu daripada Yahoo Malaysia tentang penghalangan sambutan Hari Hijab Sedunia di Singapura.

Menurut penganjur bahawa sambutan Hari Hijab Sedunia adalah di mana wanita tidak kira agama di galakan untuk memakai tudung sehari dan berkongsi gambar mereka bertudung di laman social. Objektif utama sambutan ini adalah untuk mengurangkan beberapa mitos dan kontroversi mengapa wanita Islam memilih untuk memakai hijab. Selain itu, untuk memberi pengalaman kepada wanita bukan muslin untuk merasai memakai tudung selama satu hari.


Rupanya kat Malaysia pun ada sambutan ini tetapi secara kecil-kecilan di mana ia di lakukan di Sunway Piramid Mall, dalam satu majlis semua tetamu yg hadir di beri peluang untuk mencuba memakai hijab. Semua ini boleh di lihat di laman Facebook WHD Malaysia. Tapi kat Malaysia ni dah ramai wanita bukan Islam cuba untuk bertudung seperti paling popular Felexia Yeap bekas model yg kini berjinak-jinak dengan hijab.

Bagi pendapat peribadi Mahamahu, tak salah kalau org bukan Islam untuk mencuba berhijab dan ia mesti di kawal dengan mereka yg profesional. Ini kerana tidak mahu di jadikan hijab itu sebagai bahan mainan dan ejekan. Tetapi ia adalah tuntutan kepada wanita Islam untuk menutup aurat. Moga niat murni segelintir rakyat yg prihati ini mendapat perhatian dan boleh di ketengahkan. Sebab sekarang fesyen muslimah juga telah mula di pandang tinggi oleh masyarakat antarabangsa.

Menurut laman web Hari Hijab Sedunia, banyak negara telah dilantik duta untuk sambutan itu, termasuk Amerika Syarikat, Kanada , Belgium , Belanda , Brunei, India, Lubnan dan banyak lagi. So knp kita pula yg nak tunjuk belang membantah, adakah kerana mereka minoriti? Tepuk dada tanya hati siapa yg racist di sini. Moga lebih ramai wanita Islam di seluruh dunia amnya dan di Malaysia khususnya mula sedar akan pentingnya berhijab.