Aduan,

Chef Wan Mengamuk Pasal Nasi Lemak

Sabtu, Februari 01, 2014 Mahamahu 0 Comments

Chef Wan Mengamuk Pasal Nasi Lemak - Salam sejahtera semua pembaca dan rakan2 blog Mahamahu sekalin. Tajuk kali ini agak serius juga sebab yg mengamuk ni bukan calang2 org seorang chef peringkat antarabangsa dan seorang yg di segani dalam dunia masakan. Beliau mengamuk pun bukan pasal biasa ini pasal service makanan Malaysia ke mata dunia. Nak tahu knp kalau kawn2 follower instagram Chef Wan mesti tahu. 


Ni kisah pada 30 Jan yg lepas di mana Chef Wan telah muat turun satu gambar nasi lemak yg di ambil dalam penebangan MAS ke Bangkok. Chef Wan hari tu naik penerbangan class economy dan telah di serve dengan sebungkus nasi lemak yg di gelar "Nasi Lemak Telanjang". Huhuhu kalau tgk pada pic yg di upload tu memang padan pun dpt gelaran tu. Teruk betul service daripa penerbangan Malaysia ni nak serve kat org luar lak tu malu-malu.

Kata Chef Wan dalam pic instagram tersebut :-

"This sad looking Nasil Lemak from MAS for sarapan sungguh memeranjat kan.. The fact that its our national career and we dont take pride in providing our so call most famous Malaysia breakfast that kita Agong2 kan bangga serata dunia and to show case this on international flight without the proper timun and kacang serta ikan bilis nampak macam miskin sangat sarapan Malaysia ini."


Memang nampak miskin sebab hanya ada nasi, telur rebus dan juga sambal. Saling tak tumpah mcm kat kedai mamak kadang kedai mamak pun ada timun dan kacang. Pelik lah sebab ni penerbangan international negara yg membawa pelancong luar negara patut servelah yg seperti masakan negara kita. Betul tu teguran Chef Wan supaya tak ambil mudah perkara remeh mcm ini kerana ia akan mencalarkan image negara. Bayaran tiket bukan murah tapi bab makanan di pandang rendah tak boleh tak boleh.

Tahun Melawat Malaysia 2014 patut kita kena tunjukkan segala yg bagus dan baik. Kalau Chef Wan dah tegur ni kena ambil perhatian kerana beliau adalah Duta Masakan Malaysia. Sebelum ini Chef Wan pernah menegur sebuah hotel 5 bintang atas masalah Lasak Nyonya yg tidak mengikut standard masakan sebenar negara kita. Kalau Chef Wan tegur pasal blog Mahamahu ni tak tahu lah nak ckp apa tabik hormat jer lah hehehehe....








0 Pandangan: