Blooggers,

Pelancaran Video Brosur Dengan Blooggers di Khadijah's Kitchen

Isnin, November 18, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam blogger dan juga pembaca blog Mah@mahu sekalian. Anda tahu apa itu Video Brosur? Ha ni Mah@mahu nak cite rupanya Video Brosur adalah satu pemasaran menggunakan unsur video melalui platform media digital dan social. Itu yg cuba di ketengahkan oleh Bleu Nagas Production Sdn. Bhd untuk syarikat atau mereka yg mencari platform pengiklanan paling berkesan.


Mcm mana Mah@mahu tahu semua ini itulah gunanya hadir program bersama Blooggers team. Majlis pelancaran Video Brosur bersama Blooggers telah di adakan pada Sabtu lepas yg bertempat di lokasi paling best iaitu Khadijah Kitchen Setapak. Blooggers ini adalah satu komuniti yg menyatukan blogger untuk satu2 acara atau program. Kalau nak tahu detail boleh layari Facebook mereka search jer Blooggers.

 


Acara ni di adakan di restauran Khadijah Kitchen tahu kat mana? Bila sebut nama Khadijah Kitchen sapa tak kenal penyanyi yg popular pada zaman 80an. Datuk Khadijah Ibrahim adalah pemilik restauran ini dan hari acara tu sempat lagi menghiburkan kami dengan lagu2 popular beliau. Sebenar Datuk ni ada 3 org anak perempuan yg juga penyanyi mengiringi beliau di mana saja persembahan beliau. 



Walaupun sudah berusia ternyata vokal datuk tetap mantap dan menggoda apabila menyampaikan lagu Getaran Jiwa nyanyian Tan Sri P.Ramli. Sambil dengar datuk nyanyi kami juga di hidangkan dengan makanan petang yang cukup simple tapi sedap. Ada kuih muih dan juga cucur udang yg sedap sgt. Lagi sedap dpt makan laksa dan mee goreng kat sana memang layan sgt dengan lagu nyanyian datuk



Apa pun tahniah kepada Bleu Nagas atas pelancaran Video Brosur dan semoga success dalam business. Tgk team Bleu Nagas pun hebat semua berbakat dalam menghasilkan video yg menarik dan berkualiti tinggi. Kalau nak tgk hasil kerja mereka boleh layari www.videobrosur.com.my atau hubungi 1300-888-977 hotline mereka. Kat situ semua ada harga dan pakej yg di tawarkan pun ada murah dan berpatutan untuk mereka yg nak mulakan perniagaan.