Mahamahu,

Tips Perancangan Membuat Rumah Terbuka Di Bulan Syawal

Rabu, Ogos 14, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua pembaca dan juga rakan2 yg sudi membaca blog Mah@mahu moga anda sihat di bulan Syawal ni bulan berhari raya. Time ni gak lah semua org sibuk nak buat open house kat area rumah masih. Rumah terbuka sana sini memang best and meriah paling best dpt makan free lak tu heheh.. Kalau yg ada buat open house tu jgn lupa jemput Mah@mahu leh meriahkan majlis lagi dpt makan free dapat pahala tau huhhuhu..

Mah@mahu nak share antara tips yg boleh di amalkan oleh mereka yg nak buat open house buat pertama kali. Ramai yg dah bekerjaya dan nak celebrate keje baru and rumah baru pun boleh guna tips ni kalau sudi. Mah@mahu perolehi tips ni dari pengalaman sendiri semasa menganjurkan rumah terbuka dulu. Tahun ni insyllah kalau ada rezeki buat gak so boleh guna untuk diri sendiri. Mah@mahu bukan kata tip ini paling bagus and paling praktikal tapi ia sedikit sebanyak membantulah kan.

Tips2 untuk merancang rumah terbuka.

1) Senaraikan menu2 yg hendak di sediakan. Kalau yg masak sendiri perkara ini penting kerana tak tertinggal barang untuk di beli nanti. Kalau yg pakai khidmat catering ni penting gak agar tak over bajet and tak tertinggal list makanan hehehe.

2) Senarai barang yang di gunakan semasa atau sebelum majlis rumah terbuka. senarai barang ni termasuklah senarai berapa jumlah tetamu, senarai pinggan mangkuk yg nak di gunakan. Selain tu juga senarai untuk hiasan rumah mana tahu ruma kena cantikkan kalau tetamu dtg hehehehe..

3)  Lepas dah ada senarai tu kena ada tugas2 dan juga perkara yg perlu di lakukan sebelum majlis atau selepas majlis. Tugas2 ni supaya lebih sistematik  dan tidak tertinggal tugas lain yg penting, bagi yg buat sendiri lah. Kalau dah guna catering tak apa senang jer hehehe..

4) Pastikan makanan yg di sedikan untuk tetamu di sediakan pada satu ruang yg luas dan selesa agar tak ada perebutan untuk mengambil makanan. Makan juga mesti di letak dalam bekasa yg bertutup dan kalau boleh biar panas untuk dpt kesedapan ketika makan.

5) Sediakan minuman dalam bekas yg besar dan jgn sesekali sediakan minuman berkabonat bukan apa nak elak tetamu dapat sakit hehehe. Kalau boleh sediakan bancuhan gula dan juga sirap minuman agar boleh di tambah dalam bekas minuman pada bila2 masa.

6) Paling penting kalau nak mudah dan cepat gunakan sahaja pinggan pakai buang tapi pastika anda sedia tong sampah yg besar untuk mudahkan pengurusan sampah di buat nanti. Tapi pada yg nak jaga alam sekitar penggunaakn pinggan plastik pebih hijau dan kena rajin basuh lah hehehe...

7) Kalau buat pada rumah yg kecil pastikan tetamu anda di jemput tidak terlalu ramai dan bersesuaian dengan kuantiti makanan dan rumah. Ini untuk keselesaan tetamu yg dtg karang tak adalah makanan tak mencukupi lak hehehe..

8) Kalau dapat jemput lah tetamu anad org yg kurang bernasib baik seperti ibu tunggal, anak-anak yatim atau org susah dapat meraikan suasana raya bersama-sama. Ia lebih di berkati dan Insyallah mereka yg susah doa lebih makbul dan mereka akan mendoakan kebahagiaan anda.

So yg mana boleh di ikuti kawan ikut lah sebagai panduan yg mudah untuk persiapan rumah terbuka. Mah@mahu bukan expert sgt tapi hasil daripada pengalaman sendiri sahaja. Yg penting niat kita nak menjamu kepada tetamu yg dtg biar ikhlas dan berniat untuk mengeratkan silatulrahim. Lepas ni ramai lah jemput Mah@mahu dtg rumah terbuka mereka hehehehe.. Selamat berhari raya..