Apple,

'SmartWatch' Jadi Saingan Syarikat Gergasi Mobile

Isnin, Ogos 19, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua pembaca dan juga rakan2 Mah@mahu yg mulia. Setelah telephone pintar menjadi saingan antara syarikat gergasi teknologi mobile dunia, kini menjadi trand pula jam pintar akan menyusuli. Bermula dengan syarikat Sony mengeluarkan SmartWatch  pada bulan Jun lalu kini tiba pula syarikat lain untuk bersaing. Terutama dalam syarikat pengeluaran mobile terbesar di dunia Apple dan Samsung.

Apple dikhabarkan akan mengeluarkan iWatch dalam tahun ini juga untuk menyayingi peranti sedia ada dalam teknologi jam tangan. Selain itu juga Samsung lebih awal bercadang untuk mengeluarkan SmartWatch keluarannya juga dalam tahun ini lebih awal daripada Apple. Wahh selepas ni teknologi jam tangan juga akan menjadi rebutan syarikat besar ini tak sangka lak jam tangan bakal mengalami perubahan dan juga pengembangan teknologi setara dengan telephone bimbit.


Mah@mahu tak tahu sgt apa yg sebenarnya mereka lakukan terhadap jam tangan ini sehingga semua berebut-rebut nak keluarkan jam tangan canggih. Tapi Mah@mahu ada baca sikit2 kat laman web tentang teknologi jam tangan pintar ini. Sebenarnya SmartWatch ini adalah untuk menghubungkan telefon pintar dengan jam untuk menerima signal mengenai panggilan telefon, e-mel dan maklumat terkini dari rangkaian sosial dan juga termasuk fungsi muzik yg boleh di mainkan menggunakan SmartWatch.

Lepas ini tak adalah alasan tak perasan ada misscall atau tak nampak email kerana telephone pintar akan ada selalu dengan kita di tangan. Mungkin lepas ini kemana sahaja pergi email mesti boleh di jawab dan juga call mesti di angkat tiada alasan nak terlepas pandang kan. Tapi apa pun teknologi canggih di dunia ini ia di batasi oleh kelancaran internet yg dapat di bekalkan oleh pembekal jalur lebar atau pun broadband di negara tersebut. Kalau barang canggih tapi tak dapat liputan internet tak guna jugakan kalau bawa kemana-mana. 

Tapi semua ini adalah perubahan kearah yg lebih baik dan lebih pantas. Makin kita kejar teknologi ini makin kita rasa tak cukup dan tak dapat sepuasnya. Tapi kalau kita betul2 menggunakan teknologi ini sebaiknya akan pasti kita rasa kepuasannya. Teknologi bukan lah keperluan tetapi ia kelengkapan yg penting diri kita dan peribadi kita baik serta molek. Selamat berblog semua......



*Sumber daripada Yahoo Malaysia