Aktiviti,

Astro On The Go Rasa Macam Tak Percaya

Ahad, Mei 19, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua rakan2 dan juga kepada pembaca blog Mah@mahu. Last weekend yg lepas satu lagi event anjuran Nuffnang and Astro yg pasti di nantikan oleh blogger. Mah@mahu pernah buat entry untuk sertai contest tu pernah baca kan "I'am The Unstoppable Explorer" nak baca [Klik sini]. Daripada entry tulah Mah@mahu dan juga 50 org blogger lain terpilih. Ramai gak kan heheheh persaingan sengit ni.

Hari tu bukan sahaja ada event untuk blogger tapi ada byk lagi acara lain yg di buat untuk mendekatkan peminat dengan artis2 dalm rancangan program Astro On The Go. Ada barisan artis kegemaran ramai sapa lagi kalau bukan Aaron Aziz yg belakon dalm rancangan Oh My English!. Gila kuar saja Aaron Aziz menjerit2 makcik2 and anak dara kat situ. Ada gak geng pelakon lain dalam Oh My English seperti Jibam, Anusha dan ramai lagi.


Hari tu lagi gamat sebenarnya bila penonton di hiburkan oleh pelawak negara dari program Raja Lawak sapa lagi kalau bukan pengacaranya iaitu Johan yg dtg bersama isteri. Turut hadir Ajak dari kumpulan Shiro. Memang gamat lah suasana di LG1, Main Concourse, Sunway Pyramid dengan lawk daripada mereka berdua spontan sgt. Rasa kalau ada Zizan lagi kering gusi kita org ni nak gelak tak tahan. 


Selain tu gak kita semua di hiburkan oleh persembahan teater muzikal daripada penari2 yg membuat gimik untuk setiao rancangan program dalam Astro On The Go. Dari filem kepada drama semua ada dalam negara luar negara sampai ker Korean ada. Tapi tu semua hal Astro lah cuma hal kami ni blogger2 apa  lagi cabaran Explorer yg di nantikan. Firstime join program explorer dalam sebuah shopping kompleks.

Cabaran blogger ni bermula seawal pukul 9.00pagi sampai habis kesemua 10 checkpoint. Kita org di bekalkan dengan seorang satu iPad untuj membacar klu, mencari checkpoint dan juga membuat tugasan mentweet. Wahh kalau dapat best gak tapi pinjam jer. Semua tugasan kami kena pergi checkpoint untuk jawab soalan berkaitan program dalam Astro On The Go dan juga mengambil gambar untuk di muat turun. Memang mencabar sebab dah biasa dengan Sunway Piramid tu yg pening pala nak cari.


Tapi Alhamdulillah team B03 iaitu Mah@mahu dengan MiraCikCit dapat juga habiskan tugaas agak awal, walaupun dah nampak 2 team lagi kat depan. Dengan hati yg berharap akan dpat bawa pulang hadiah tak kisahlah no berapa at list dapat gak hadiah istimewa yg di janjikan. Habis tugasan tu masa nak tunggu keputusan tu memang mendebarkan. Lepas satu2 hadiah di umumkan untuk pemenang bagi kategori masing. Termasuk Eriqazz menang gak dapat The best Tweet dengan wang tunai RM500.

 

Pastu bila nak umum tempat ketiga tu mcm tak percaya bila dia sebut nama kumpulan B03 dan siap sebut nama Mah@mahu dan juga MiraCikCit. Apa lagi menjerit lah masa tu mana tidaknya tak sangka boleh dapat tempat ketiga. Syukur sgt masa tu and rasa masih tak percaya sampai ke time Mah@mahu tulis entry ni masih lagi rasa tak percaya tu. Apa pun Mah@mahu nak ucap terima kasih pada MiraCikCit sebab dia memang bersungguh2 nak menang dan byk membantu dan memudahkan tugasan di buat. And tahniah pada pemenang No 2 team Penaberkala dan juga ByRawlins dia org lagi cepat and team paling riuh lah.


Juara jadi milik  blogger Blablablabber (Nur Atika) dan Leonhart90 tema ni paling pantas lah tak sampai sejam dah boleh habis semua 10 cabaran. Apa pun guys you oll memang best dan paling meriah lah kat sana. Tak leh lawn org lain bila korang menang dan menjerit2 tak ingat dunia hehehe...