Aktiviti,

Makan di Kelantan Delights Bersama Tastebuddies

Rabu, April 03, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua rakan2 dan juga pembaca blog Mah@mahu sekalian. Hari2 mesti nak kena update kan kalau dah blogger ni. Kali ni nak kongsi tentang satu tempat makan yang hebat dan mengancam lah. Mesti ramai nak tahukan kat mana lak kali  ni Mah@mahu nak makan. Cuma kali ni makan agak meriah sikit sebab dapat makan bersama Kumpulan Tastebuddies daripada Nuffnang.
 

Mah@mahu adalah salah seorang group Tastebuddies kat Facebook ni so dptlah jemputan untuk acara makan2 di restoran yang cukup exclusive iaitu Kelantan Delights. Kali ni Mah@mahu nak lebih fokus kepada makanan yg di sediakan kat restorant ni. Memang cukup unik dan cukup tradisional dan original asal dari Kelantan. Kalau korang pernah dengar Nasi Tumpang?? Nanti Mah@mahu cite apa itu nasi tumpang ok.



Firstly nak cite pasal sedikit latar belakang Restaurant Kelantan Delights ni. Menurut pemilik restorant ni Kelantan Delights mempunya 2 cawangan di sekitar KL iaitu di Subang Jaya dan yg Mah@mahu pergi ni kat Sooka Sentral area KL Sentral. Makanan kat sini adalah original makanan tradisional Kelantan dan Selatan Thai. Restorant Kelantan Delight di Sooka Sentral ni hanya di buka pada hari bekerja iaitu dari Isnin hingga Jumaat sahaja. Nak maklumat lanjut tentang lokasi dan apa lagi ada kat sana leh layari laman web Kelantan Delights sendiri ok.




Tapi paling best nak share adalah rahsia menu2 hidangan di sini yg pasti ramai nak tahu. Dari menu Pembuka Selera, Menu Utama dan Pencuci Mulut semua cukup menyelerakan. Kita tgk dulu pembuka selera yg di hidangkan terdiri daripada 2 jenis makanan cukup unik dan tidak dapt di tempat lain iaitu Sirih Daun Kaduk dan juga Toyam Kelapa muda. Tgk gambar ni memang cukup menyelerakan dan membuka selera semuakan.

Sirih Daun Kaduk
Toyam Kelapa muda
Lepas makan pembuka selera tiba masa untuk merasai menu utama pula yg menjadi trademark di Kelantan Delights. First sekali pasti Nasi Kerabu Ayam Percik dan Nasi Dagang Gulai Ikan. Ini adalah menu yg paling laris kat sini kerana setiap tetamu yang mahu makanan berat boleh merasai makanan original daripada kelantan.

Nasi Kerabu Ayam Percik
Nasi Dagang Gulai Ikan
Selepas tu lak ada lagi menu utama yg juga terdiri daripada makanan rugi rakyat Malaysia. Tapi yg ni ada sejarah di sebalik nama yang di berikan Nasi Tumpang. Korang tahu sebenarnya Nasi Tumpang ni adalah nasi yg di bawa oleh petani pada zaman2 dulu untuk membawa bekal bekerja di ladang2. Jadi segala makanan daripada sarapan pagi, makan tengahari dan juga makan petang telah di gabungkan dalam satu bungkus daun pisang yg di panggil Nasi Tumpang. Alah kalau kita sekrang lebih di panggil dengan Mangkuk Tingkat hehehe moden. Tapi dulu mcm tu lah cara petani di kelantan untuk membawa nasi bungkus ke tempat kerja mereka.

Nasi Tumpang
Selain tu Laksam adalah menu yg juga hebat dan penuh keunikan. Gabungan daging ikan berdama santan dan juga sayur-sayuran segar dalam satu hidangan cukup mengenyangkan. Kalau tak cuba rugilah sebab ia cukup sedap.

Laksam
Dah penuh makan dengan main course ni kita legakan pula perut dengan pencuci mulut yg cukup tradisional. 2 menu di hidangkan tapi masih ada byk lagi pencuci mulut untuk anda pilih tapi hari tu kami makan Lompat Tikam dan juga Ketupat Sotong. Lopat Tikam yg penuh kemanisan melegakan perut selepas makan memang sedap lah.
Lompat Tikam & Ketupat Sotong
Selain dari makanan ada juga minuman yg menyegarkan untuk di nikmati oleh pecinta makanan. Kami di berikan Teh Serai minuman yg ringan dan menyamankan lah. Tapi ada minuman lain kalau nak order. Apa pun bak kata org makanan kat sini semua cukup hebat lah dan sedap. Tak rugi pergi harga lak tu berpatutan. Jom lah kawn kita pergi sana semua makan tengahari bebaloi-baloi. 

Maklumat lanjut boleh sertai mereka di:-

Facebook: facebook.com/kelantandelights
Twitter: twitter.com/@keldelights
Instagram: #KelantanDelights