Aduan,

Pisau.net di Kategorikan Malicious Web Sites

Khamis, Mac 28, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera semua rakan dan juga pembaca blog Mah@mahu moga minggu2 cuti sekolah ni dapat di habiskan masa bersama insan tersayang. Mesti ramai dikalangan anda ada membaca dan menjadi pembaca setia kepada sebuah blog Politik yg juga tajam dan menjadi perhatian kepada rakyat Malaysia tambah2 dah nak dekat PRU13 ni. Tapi percayakah anda kalau di katakan blog ni sebagai blog berbahaya untuk di lawati.


Menurut pemerhatian dan juga kajian satu organisasi swasta bahawa blog Pisau.net kalau korang baca ia di kategori antara berjuta Malicious Web Sites atau Malware di Malaysia. Apa itu Malware? Malware adalah perisian yang digunakan atau dicipta oleh penyerang untuk mengganggu operasi komputer, mengumpul maklumat sensitif, atau mendapat akses kepada sistem komputer peribadi. Ia boleh muncul dalam bentuk kod, skrip, kandungan aktif, dan perisian lain (info dari Wikipedia).

Bahayakan, tapi terkejut gak sebab hasil siasatan awal bahawa laman ini di kategorikan sebagai Malicous Websites adakah ia akan memberi kesan kepada pengguna atau pembaca blog ini? Adakah ia agent yg menghantar pengintip untuk medapatkan kerahsiaan negara atau individu tertentu? Mcm mana dia klasifikasikan blog ini sebagai website Malicious pun masih menjadi tanda tanya dan masih dalam siasatan.

Sebenarnya kat luar sana tu byk sgt website yg menjadi Malicious kepada pengguna internet sekrang. Kadang2 cuma bertopengkan tentang isu2 dan juga ayat2 manis tapi sebenar nak sebar spam atau virus. Kita sebagai pengguna kena pandai melindungi perisian atau komputer daripada serangan seperti memasang antivirus atau pun tidak melayan atau mengklik mana2 link yg mengcurigakan. So semua berhati-hati melayari internet dan selamat berblog....


*Sumber di perolehi daripada organisasi swasta berdaftar