Aktiviti,

Lawatan Ke Taman Kucing

Selasa, Januari 29, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada pembaca dan pengomen blog Mah@mahu sekalian moga sihat dan selamat bertugas selepas pulang bercuti lama. Mah@mahu pun baru blk cuti kat kg maklumlah dah lama tak blk. Sebelum blk tu lak sempat singgah kat kg kawn nak pergi melawat Taman Kucing yg dia bina sendiri kat kg dia. Nak tahu nak tgk jom baca habis entry ni pasti nak pergi lawat sendiri nanti hehehe..


Sebenarnya kawn Mah@mahu ni nama dia Syafiq dia juga seorang blogger sebelum ni dan telah berhijrah pindah ke kg halaman dia di Rembau Negeri Sembilan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam daripada KL untk ker kg en Syafiq ni. Dari dulu lagi dia ni memang peminat kucing dah sanggup berabis beribu2 semata2 untuk mendapatkan baka kucing terbaik untuk di jadikan induk. Hari ni dia dah ada 4 ekor kucing jenis Separa kacuk ala2 keluarga kucing Parsi lah kot. 


Sampai kat kg dia first2 tak sbr bila jejak kaki nak tgk taman kucing yg di bina kat belakang rumah dia. Tak lah besar tapi cukup selesa untuk kucing2 tu bermain tinggal dan memberi pelindungan. Maklumlah nak letak dalam rumah nanti bersepah habis rumah tu. Tapi kalau time sian menurut kata Syafiq dia akan lepaskan kucing2 dia pergi bermain2 di luar, tak takut ker bang kena culik wakakakak.. Kucing dia setakat ni ada 4 ekor iaitu paling tua Oreo merangkap abg sulung, lepas tu ada Bobok dan juga Mox berusia 6 bulan serta sekor lagi Princes a.k.a Kak Ngah kata dia.

Ni lah En Syafiq owner taman ni


 

Kalau korang tgk kucing2 kat sini memang manja2 sgt mudah untuk di belai dah juga di main. Kata dia berabis beribu2 juga untuk membela kucing jenis ni ye lah mana nak beli makanan lagi, nak beli pasir, rawatan perubatan tiap2 bulan dan juga grooming lagi memang semua tu perlu modal tinggi. Tapi kata dia pulangannya bebaloi hehehe mana tak kucing yg di pelihara kini dah makin comel dan montel. Suka lah tgk geram rasa mcm nak bawa blk jer tapi syg duduk rumah apartment tak sesuai untuk bela kucing. 

Ni Oreo si abang sulung
Ini Mox
Ini pula Princess a.k.a Kak Ngah
Ini Bobok
Kalau mcm rumah kg ni sesuai lah best sebab boleh buat kandang sendiri lebih besar dan boleh bagi mereka main lari2. Kawan lain yg ada kucing peliharaan nak share ngan en Syafiq ni di alu-alukan. Kalau nak dtg lawat taman kucing ni boleh lah hubungi dia kat facebook search sahaja Syafiq Ramli mesti jumpa. Nak tanya tips ker penjagaan kucing atau nak tanya perihal kucing dia boleh jawab insyallah. 



 


Kawan yg ada buat taman kucing mcm ni boleh lah jemput Mah@mahu dtg kalau ada kelapangan insyallah. Seronok sebab bila bela kucing ni sebenar adalah terapi untuk manusia. Teringat lak kat kucing 2 ekor milik Mah@mahu si Kaka dan Roonie rindu kat mereka berdua mesti seronok mereka ada kat kg sekarang hehehe.... Apa pun kita sebagai manusia haiwan ini juga makhluk perlukan perhatian dan kasih syg jgn dera atau siksa mereka ok. Selamat berblog..