Aktiviti,

2 Jam Tergantung Atas Pokok Setinggi 22 Meter

Isnin, Januari 21, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua kawn2 dan juga pembaca blog Mah@mahu. Ramai tertanya2 pasal tajuk entry kali ni tapi tu lah kenyataan yg Mah@mahu hadapi sendiri. Tak sangka cuti hujung minggu lepas di penuhi dengan aktiviti lasak dan juga mencabar. Berada atas pokok dengan ketinggian 22 meter dan hanya bergantung pada kabel yg menyangkut diri ini. Dgr jer dah mencabarkan lepas tu lak nak bergayut dari satu pokok ke pokok lain lagak seperti sekor monyet. 


Itulah cabaran jika nak menguji kekuatan diri dan ketahanan mental anda berada dalam hutan untuk survive. Semua tu anda boleh rasai di SkyTrex Adventure Park, Taman Pertanian Malaysia Shah Alam. Hari minggu lepas bersama berberapa org blogger telah sertai aktiviti lasak ini yg di anjurkan bersama oleh Nuffnang dan pihak pengurusan SkyTrex Adventure Park. Bagi memberi peluang kepada para blogger ini merasai sendiri keseronokan dan kehebatan cabaran yg di sediakan di sana. 

 



Tak rugi kalau habiskan masa seharian dengan aktiviti melibatkan alam semulajadi rasa relax dan seronok lepas dari kesibukan kota. Nak uji kekuatan otot dan kekuatan minda anda kat sini lah tempatnya tak jauh hanya sejam perjalanan daripada Bandaraya KL. Boleh search kat google maps atau guna GPS jer pergi sana mudah saja. Hari tu pergi dengan rakan blogger PenaBerkala dan Hanspunyablog. Kat sana lak jumpa lagi ramai blogger2 baru kenal so tak rasa kekok sgt. 



Sampai sana dalam pukul 11.30 pg and aktiviti kita org akan mula dalam pukul 1.30 tghari. Sebelum tu di sediakan breakfast utk kami semua dan juga buat lah stretching sikit2 sebab aktiviti kat sini memang menguji kekuatan tangan dan kaki anda. Perkara2 yg di perlukan utk jalani aktiviti kat sana mestilah kasut yg sesuai, baju dan seluar yg selesa sebab nak panjat2 dan juga peralatan panjat yg di sediakan di sana termasuk botol air. Semua ni dah termasuk dalam pakej harga yg di kenakan untuk masuk ada RM55, RM45 dan RM35 utk cabaran kanak-kanak.



Lepas breakfast kami pergi dpatkan peralatan kelengkapan untuk memanjat, yer lah keselamatan mesti di utamakan. Tambah2 berada dalam hutan hujan tropikal yg terpelihara dengan pokok2 besar yg tinggi melangit ni. Nak panjat bukan perkara yg remeh kena ambil kira semua faktor. Thanks to abg2 dan juga petugas2 yg ada kat sana semua mesra dan juga byk memberi bantuan kepada kami dari nak pakai peralatan pun abg2 ni tolong baguslah korang.



Lepas siap semua peralatan ada sesi briefing daripada jurulatih di sana, kami diajar cara2 menggunakan semua peralatan yg tersedia, termasuk faktor2 keselamatan sepanjang berada di atas sana nanti. Step by step abg tu ajar cukup clear dan mudah untuk di fahami. Kita hanya perlu dengar dan ikut sahaja Insyallah akan selamat dan lancar. Bagaimana nak panjat tangga, nak flying fox, nak seberang tali dan mcm2 lagi lah. Cabaran yg kami ambil hari tu di panggil Extreme Challenge yg mana kami perlu menempuh 34 cabaran yg di sediakan di atas sana. 



First sekali dah kena panjat tangga setinggi 20 meter menjunam ke atas pokok. Memang perlukan tangan dan kaki yg kuat. Lepas tu terus kena cabaran flying fox menyeberangi pokok paling tinggi dan paling jauh wakakakka. Masa tu baru tahu langit tinggi rendah hehehe.. Lepas tu cabaran monkey walk, seberang tali dan seberang batang2 paip paling susah. Memang keluar lah peluh jantan yg ada ni huhuh. Rasa susut berat badan kejap wakakaka...

 


Tapi kalau kita rasa tak boleh nak hadapi cabaran atau kita tersangkut kat tengah2 cabaran tu jgn risau. Abg2 resque tu semua ada menanti di setiap check point yg agak merbahaya. Minta jer tolong mereka dan mereka juga cukup mesra ye lah mana tak seharian mereka atas pokok tu dan siap kena makan kat atas pokok tu lagi sian dia org tak apa abg dah tugas kan. Ada cabaran tu juga kadang2 tak dapat kita buat sampai habis mungkin sebab dan tak ada tenaga kita boleh skip di laluan kecemasan. Tapi Alhamdulillah lah bukan nak cakap besar Mah@mahu berjaya menghabiskan semua cabaran dengan penuh susah payah kadang2 terpaksa gak rehat dan bagi kawn2 lain jalan dulu.


 

Kat sana kalau korang ikut arahan dan tanda2 yg di berikan Insyallah selamat tak ada masalah. Cuma kena buat berhati-hati dan penuh semangat mesti boleh. Inilah masa dapat rasa bagaimana kehidupan org zaman dulu kala berada di atas pokok dan juga hidup dalam hutan belantara. Lagi lah zaman dia org dulu tak ada tali keselamatan cuma kepakaran dan pengalaman sahaja yg ada. Apa pun Mah@mahu berjaya juga menghabiskan cabaran yg  bermula dari pukul 2.00 ptg dan habis last check point pada pukul 4.30ptg. Perghhh tak sangka rupanya 2 jam lebih berada atas pokok tu hehehe...

 


Satu pengalaman yg memang menakjubkan dan menggayatkan kalau sapa2 ada masalah gayat mesti cuba nanti akan hilang gayat korang tu. Mah@mahu dan juga semua rakan2 blogger lain pun berjaya menamatkan cabaran dengan selamat dana jayanya. Selepas habis cabaran tu siap ada majlis penyampaian sijil lagi daripada pihak pengurusan Skytrex Adventure Park sendiri. Wahhh rasa bangga kejap sebab org mcm Mah@mahu berjaya menyelesaikan cabaran hari tu. Bagi yg tak nak cabaran Extreme Challenge leh ambil cabaran Big Thrill lebih ringan sikit lah kata mereka tapi tetap atas pokok gak hehehehe...


Maklumat lanjut boleh layari laman web mereka di  http://www.skytrex-adventure.com di sana ada semua maklumat aktiviti dan juga pakej2 yg di sediakan. Termasuk gak kalau nak buat kem motivasi atau pun sambutan majlis2 special pun boleh di buat kat sana semua ada disediakan. Call sahaja SkyTrex Adventure Park  +601 3276 9841 pastu buat booking ok. Selain tu gak kat sana ada Cycerling, Paintball,  So lepas ni nak plan pergi sana lagi tapi nak buat cabaran lain yg ada pulak baru best and puas hehehehe.. Ok kawan2 selamat berblog...


Senarai rakan2 blogger yg sempat kenal hari tu...(maaf yg tak ada list boleh bagi nanti update kemudian ok)