Astro,

Bagaimana Nak Hadapi Faktor Ketakutan Anda

Selasa, November 27, 2012 Mahamahu 0 Comments

Salam semua rakan2 dan juga pembaca blog Mah@mahu yg sentiasa memberi info terbaru dan boleh di kongsi bersama-sama. Tapi takut gak bila info kita bagi tu kurang tepat atau tidak di terima masyarakat setempat. Tapi tak adalah sampai kepada ketakutan yg melampau atau disebut sebagai fobhia. Allodoxaphobia atau takut kepada pendapat org lain. Maksudnya takut dikritik dan tidak boleh menerima kritikan dan kadanag-kala membawa kepada pergaduhan. Bila sebut kepada ketakutan yg melampau pasti setiap org ada ketakutan sendiri dalam diri kadang2 yg tak di tunjuk atau kadang2 menda tu datang sendiri.


Kali ni nak share nagn pembaca tentang perasaan phobia dalam Mah@mahu. Actually ni rahsia ok jng bagi tahu sapa2. Sebenarnya Mah@mahu ada satu phobia sendiri yg memang sejak kecil lagi. Claustrophobia iaitu takut pada ruang terbatas atau ruangan kecil. Hehehe mana tak takut tgk saiz lah. Bukan apa kalau kita masuk pada ruang kecil yg hanya muat2 untuk kita sorang jer jalan memag lah takut. Takut pada keadaan mcm tu nampak normal lah. Mungkin takut tu sebab gelap, kalau jalan tiba2 runtuh lah tempat sempit tu mana nak larikan. Contoh kalau masuk gua sempit dan kecil memang lah takut dengan gelap dan takut ada serangga berbahaya mcm mana.


Tak adalah perkara besar sangat terjadi dalam hibup akibat pada phobia ni. Cuma Mah@mahu pernah pergi rombongan ke sebuah gua yg di beri nama Gua Senyum. Gua tu terletak di kawasan Felda Jengka 25 Maran Pahang sapa nak pergi boleh cantik tempat tu. Kami masa tu pelajar sekolah menengah buat lawatan kat sana. Memang excited mula nak masuk gua tu, sebeb depan gua tu besar ruangannya dan cukup luas boleh nampak cahaya atau tumbuhan. Tapi bila dah masuk dalam dan jalan agak beratus-ratus meter sampai kami kepada ruang yg di panggil 'Tempat Mandi Putri Bunian'. Dahlah gelap kena bawa lampu suluh, pastu kecil lak tu kena menerap masuk. Masa tu kuat kan semangat nak masuk, baju dah basah penuh dengan peluh dan juga mata tutup tak buka2 dari mula sampai akhir. Cuma pegang tangan kawn jer time tu pimpin merangkak masuk. Alhamdulillah selamat gak sampai hingga keluar gua anda masa sampai tu dah tercungap-cungap tak cukup nafas dibuat nasib cikgu ada and tenteramkan keadaan. Lega masih hidup lagi Mah@mahu ni hehehe.. Lepas ni gua kecil gelap memang tak masuk lah ok hehehehe...


Tapi menurut kepada pendapat pakar Claustrophobia ini adalah satu penyakit yg agak serius jika di peringkat kritikal. Mereka yg mengalami masalah ini akan cenderung berasa gugup, berpeluh dan nafas hampir putus apabila berada di ruang yang sempit ini. Mereka yg ada phobia ini tak boleh berada di ruang sempit seperti lift, tandas di pesawat atau kereta api, dalam loteng rumah atau mana2 lagi yg ruang berskali kecil muat2 untuk seorang sahaja masuk.

 

Yg ni tak takut walaupun dalam mulut Jaws..
Sekiranya mereka yg ada masalah ini jika mahu menaiki kenderaan seelok-eloknya berada di posisi dekat dengan tingkap agar dia nampak cahaya dan dpt pengudaraan yg baik. Kalau kat rumah atau mana2 tempat kecil biar ada ruang untuk bernafas dan juga bergerak dengan pantas. Tapi bagi Mah@mahu untuk atasi masalah ni kita kena hadapi masalah ini selalu. Sebab Mah@mahu tak adalah sampai takut naik lift atau masuk tandas kecil hehehe. Tapi firstime naik lift kecil dan di buat daripada kaca sekeliling boleh nampak luar memang kecut juga jantung ni hehehehhee..


Sebenarnya Mah@mahu nak kongsi cite pasal letakutan ini adalah kerana di Malaysia bakal ada sebuah program realiti yg menguji kekuatan dalam mengatasi masalah ketakutan ini. Disember ini, Astro akan membawa kepada kita Fear Factor Malaysia. Di mana rakyat2 Malaysia akan di uji kekuatan dan ketabahan hati untuk mengharungi semua ketakutan yg mereka ada. Tapi yg paling best Fear Factor kali ini menguji kecekalan barisan artis-artis Malaysia kita. Hehehe lepas ni leh tgk lah Johan Ashaari kita takut pada apa? Didi Alias lak terjerit-jerit tak boleh nak buat cabaran apa? Dan ramai lagi celebrity bersama dalam Fear Factor Celebrity Malaysia kali ini. Kalau nak maklumat lanjut leh layari Astro’s Fear Factor Malaysia  segala info tentang program ini ada dan juga barisan artis yg terlibat.



 
Berslogankan "Fear Factor House – Is your chance to experience Fear Factor live!" Mampukan baraisan artis ini akan menyahut cabaran hingga ke akhir nanti. Siapakah bakal menjuarai program ini adakah artis kesayngan anda atau mereka yg tidak menonjol langsung tapi mampu mengharungi cabaran dengan tabah dan cekal. Akan acarakan oleh pengacara kacak Aaron Aziz dan di tayangkan bermula Disember ini di saluran Astro Ria Fear Factor Malaysia. Nantikan kehebatan dan kekuatan mereka teruji lagi. Time ni lah tak sbar2 nak tgk artis kita ni menangis dan terjerit2 untuk hadapi cabaran yg di berikan hehehe baru kecut perut semua huhuhu.. Tgk lah gelagat mereka semasa sesi Booth Camp baru2 ini memang kelakar...





Apa pun jng biarkan diri anda di selubungi ketakutan......