Antara IE, Chrome dan Mozilla

Pada hari-hari terakhir Netscape, pembangunnya telah mengeluarkan kebanyakan dari kod asas untuk pelayar mereka di bawah lesen Open Source ini akan digunakan untuk menjadi sesuatu yang mencabar IE pada masa depan, walaupun Netscape dalam bentuk berbeza. Kebanyakan orang mungkin mengenalinya dengan namanya sekarang, Mozilla Firefox, pelayar Open Source yang paling dikenali.


Dengan Firefox masih lagi cuba menjadikan kod Netscape untuk menjadi pelayar yang bagus, IE pula memonopoli pasaran. Produk Microsoft ini mempunyai 70% pegangan pasaran tidak sampai 4 tahun yang lalu. Pelayar yang dikenali ramai itu bukanlah pelayar yang terbaik pada masa itu, namun tidak ada produk lain yang mampu melawannya.

Situasi berubah pada September 2008 di mana Google mengambil keputusan untuk menyertai pasaran pelayar dengan pelayar Chrome mereka yang agak kool. Antaramuka yang bersih dan sistem yang senang guna membuatkannya diminati komuniti teknologi, namun tak ramai yang perasan atas kewujudannya. Salah satu sebab ialah fasa Beta awam hanya berakhir pada Julai 2012!

Walaupun pengguna Chrome mewakili majoriti trafik internet, namun ia tidak bermaksud pelayar Google ini telah menakluki keseluruhan dunia. Penggunaannya masih berbeza berdasarkan kedudukan geografi. Sebagai contoh, GlobalStats memendedahkan pada June 2012, IE masih lagi mengawal 40% pasaran Amerika Utara, berbanding 24% bagi Chrome dan 21% bagi Firefox. Namun di sebalik sempadan dan di seberang Terusan Seuz, statistik itu pula terbalik dengan Chrome mempunyai 48% pegangan pasaran manakala IE 28% sahaja.

Amat menarik apabila Firefox masih lagi mengekalkan pegangan 20% bagi kedua — dua benua. Apa yang mengejutkan adalah pengganti Netscape ini mempunyai pegangan yang kuat di Eropah dan juga Afrika. Walaupun ia hanya mendahului sedikit saja berbanding dengan IE dan beza 10% dengan Chrome, ia masih satu pencapaian yang membanggakan.

Menurut artikel penggunaan pelayar CNET yang ditulis oleh Stepehn Shankland, Chrome sekarang sedang dalam proses mengukuhkan kedudukan dan mungkin dapat memintas Firefox tak lama lagi. Pandangan beliau diambil dari data yang dikumpul Net Applications, yang menunjukkan pelayar Google ini dapat menandingi pelayar Mozilla dalam tahun ini. Berdasarkan statistik, satu soalan pasti akan ditanya. Kenapa penggunaan amat berbeza di benua yang berlainan.


*Sumber daripada Yahoo Malaysia