Aduan,

Zalora Portal Terbaik Tapi Service Terburuk

Jumaat, September 28, 2012 Mahamahu 0 Comments

Salam semua pembca dan juga pengikut blog Mah@mahu yang tidak seberapa ini tapi harap2 dapat membantu dan berkongsi apa yg kita ada untuk kebaikan bersama. Begitu lah juga kalau ada service yg tidak berapa memuaskan. Maaf lah kepada ZALORA portal kegemaran ramai. Tak di nafikan memang barang dalam tu cantik dan mcm2 pilihan membuatkan kita boleh beli dengan cara paling mudah dan cepat.
Cuma bila dah beli tu lah dah start buat pembayaran mula lah masalah. Bukan masalah besar tapi rasa mcm ralatlah sebab dia buat kat Mah@mahu mcm tu. Satu nama yg cukup gah juga lah kan Zalora sapa tak kenal. Tapi bila hantar barang mesti guna khidmat delivery tak kisah tapi pastikan dia ada SOP yang betul. Baru tak main pass2 pada org lain mcm main bola jer.

Perkara ni baru terjadi semalam kat Mah@mahu tu yg angin satu badan semalam. Kisah dia mcm ni, Mah@mahu ada beli satu barang iaitu Flip Flop dari Zalora portal. Bila dah beli tu tunggu lah untuk penghantaran. Kelmarin dpt call dari delivery katanya nak hantar barang Zalora, tapi masa tu Mah@mahu tgh keje and tak ada kat rumah so set ngan driver tu nak bagi barang lepas waktu keje nak hantar kat rumah. Mah@mahu blk keje tu tunggu lah kot2 dia dtg blk tapi diam tak ada langsung call. Mah@mahu call dia pun tak angkat tak tahu lah sibuk kot byk tempahan.

So semalam tunggu lagi takut2 ada delivery daripada Zalora tapi tak dapat call langsung. Lepas keja Mah@mahu terus lah call Zalora Call Center yg ada dalam web site tu lah. Dia angkat and kata perlukan no pembelian nak check status penghantaran kat mana. Bila dah bagi dan check boleh pulak org Zalora tu bagi no call delivery yg patut hantar barang tu, suruh Mah@mahu call sendiri delivery tu siap bagi trace number katanya penting bila call delivery tu sebab dia kata barang tu tak ada kat dia org dah semua delivery dah ambil. Ok lah Mah@mahu pun dengan rela hati call lah delivery tu.

Bila dah call delivery tu dia minta trace number and bagi kat dia pastu dia check. Dia kata barang tu dah ada kat agent penghantar so boleh lak dia bagi no agent penghantar tu dan minta Mah@mahu call sendiri dan tanya pasal barang tu. Kat situ dah mula angin sikit sebab main pass2 ni tak best ni semua nak lepas tangan tak nak tanggungjawab. So tak apa call gak sebab nak tahu barang tu kat mana. Lepas call agent tu and dia pun minta trace number so Mah@mahu pun bagi lagi and dia check tak tahu kat sistem ker mana lantak lah. 
Dah dia check pastu dia kata barang tu ada kat driver, so tak ada kat office jadi dia boleh pulak suruh Mah@mahu call driver dia tanya barang tu kat mana. Kat situ dah mula angin terus satu badan dah lah kita ni kena pass2 beberapa stage entah pastu boleh lak suruh kita call driver dia. Bukan tu tanggungjawab dia ker nak call driver dia kat mana. Apa lagi mula membebel kat org office tu tak tahu lah pompuan tu diam jer Mah@mahu kata lah knp saya kena call patut awk tanya drive awk kat mana pastu minta driver awk tu call saya semula.

Terus perempuan tu kata ok anda dia call kot driver dia. Lepas tak sampai beberapa minit tu ada driver dia call Mah@mahu guna no phone yang org semalam call. tapi driver tu cakp semalam dia cuti dia kata kawn dia yg ganti dia untuk hantar barang. Mcm pelik jer abg tu. Tapi nasib baik driver tu baik bagi salam and mesra tak adalah Mah@mahu nak angin satu badan lagi. Terus jadi lega, tapi best abg driver tu siap hantar barang kat pasaraya Gaint lagi sebab masa dia call tu Mah@mahu ada kat sana beli barang. Bagus lah abg driver tu tahniah untuk dia lah kerana keja bagus. Tu pun mungkin lepas boss dia marah kot hehehe. Thanks abg driver buat hati Mah@mahu reda sikit.

Bila dah dpt brang rasa lega tapi sampai rumah tgk barang lak ada masalah lain. Masalah barang saiz tak sama lak. Kecik sngt Mah@mahu ambil saiz 10 tapi terlalu kecil mcm saiz 5  atau 6, dah jadi kes nak kena pulang semula lak ni. Aduhhhh pening2 pala nak fikir nak kena call org Zalora ni semula entah apa lagi dia nak ckp nanti sbr jer lah. Moral of the story yg panjang lebar ni, kita nak buat satu yg gah tapi SOP tak betul and pastikan cutomer always right and u must doit for customer first. Wahhh speaking lak hehehe. Apa pun mungkin serik kot nak beli barang kat portal lepas ni.