Aktiviti,

Jalan-Jalan ke Jakarta Penat

Rabu, Mei 09, 2012 Mahamahu 0 Comments

Salam semua. Setelah penat bekerja teringin gak nak pergi bercuti jalan2 ke negara org. Akhirnya plan selama setahun ini terlaksana juga apabila dpt jalan-jalan ke Jakarta selama 4 hari huhuhu bestnye. Terima kasih AirAsia kerana meralisasikan impian dengan tambang murah "Semua org boleh terbang".... Satu pengalaman yg sungguh menyeronokkan kerana ia adalah sebuah negara yg totally lain daripada biasa hehehehe.
 
Tapi bandar Jakarta agak panas masa kami pergi tu. Mungkin musim tak menentu pada masa sekrang terasa bahangnya. Kat sana sempat pergi beberapa tempat seperti daerah Bogor. Sebuah pekan kecil dengan di kelilingi hutan agak menarik dan best ada Kebun Binatang (Zoo) di sana best. Kat sana kalau nak shopping Tas Tangan memang hebat rambang mata gak lah heheheh cuma harga mungkin agak mahal berbanding Bandung. Tapi kat sana ada perusahaan Tas Tangan sendiri.

Hari kedua pulak lepak and chil-chil area Bandar Jakarta. Pergi jalan ke Mangga 2 pusat shopping paling besar aku pernah tgk dan memang byk barang2 pajakan di jual di sana. Berbagai jenama ada huhuhu pening pala gak yer nak tgk barang tapi kena pandai tawar menawar. Sempat gak lah beli baju batik jawa kat sana huhuhuhu. Selepas tu jalan2 kat Monas atau Monument Nasional di tengah2 bandar Jakarta. Memang luas gila tempat dia dan rasa tenang dalam kesesakan bandar Jakarta ada sebuah taman penuh pohon yg hijau menjadi tempat untuk berasmara hehehe bersama keluarga.

Tak sempat nak pergi byk tempat tapi yg pasti kat sana kena makan kat Grand Indonesia Mall kat situ jer ada food court yg dekat hehehhe.. Biasalah menurut org2 yg pernah pergi sana nak makan kat gerai2 atau penjaja tepi jalan kena berhati2 demi kesihatan anda. Tapi best lah jalan sana menarik satu pengalaman baru untuk Mah@mahu. Moga nanti akan sampai lagi ke sana atau mungkin pergi tempat lain teringin nak pergi Bandung, Bali dan byk lagi lah.

Mangga Dua
Smart Hotel tempat berteduh



Tut Tut tak sempat naik

Monas di tengah2 bandar Jakarta