cerita,

'Ni daun kucai cik' Wakakaka...

Rabu, April 04, 2012 Mahamahu 0 Comments

Salam semua pembaca blog Mah@mahu yang di kasihi. Moga dalam kesejahteraan dan juga kegembiraan selalu. Huhuhuh nak gelak pun tak tahu nak jerit pun dah tak betul. Tapi kalau korang hadapi sendiri situasi sekrang mcm tajuk entry ni mesti pelik kan. Bukan nak hina atau nak jatuhkan kaum hawa tetapi patut mereka memang expert kot.

Kejadian seperti tajuk di atas baru jer tejadi di sebuah pasar malam semalam kat area rumah Mah@mahu sendiri. Masa tu Mah@mahu ada di gerai menjual sayur-sayuran nak beli lah sedikit sayur untuk masak kat rumah hehehe pandai ker. Tiba2 ada seorang girl ni muda lah tapi dah berkerjaya beli beberapa sayur dan juga mee kuning nak mask lah kot. Tokei kedai ni letak satu sayur ni kat dalam bakul dia dan di terus tanya tokei 'Ini daun apa?' Mah@mahu yg ada kat sebelah tak boleh tahan nak gelak pun ada tapi diam2 jer lah.

Pastu tokei kedai tu ckp lah 'Ni daun kucai cik'. Lepas tu pompuan tu nak cover line kot tak nak malu terus kata tak nak lah tak makan daun kucai. Wakakakka gelak2 tak tahan nak gelak. Mana taknya dah jelas tu daun kucai tapi dia tak tahu hehehe..Entah lah nak salah kan wanita sekrang ni tak tahu la mungkin sibuk keje jer kot sampai bahan masak pun tak tahu. Mungkin kalau tanya pasal document atau SOP tahu lah hehehe...

Apa pun ni cuma cerita kehidupan yg kadang2 kita kena hadapi. Jng sampai mak mertua suruh masak tak kenal bahan sudahlah hehehe.. Selamat berblog kepada semua rakan2.