Hiburan

Tahniah Awan Nano Juara AJL 26

Isnin, Januari 30, 2012 Mahamahu 0 Comments

Salam semua salam 1Malaysia dan salam hujung bulan Januari 2012. Diam tak diam dah nak habis bulan 1 cepat masa belalu. Begitu juga dalam industri muzik tempatan di mana mlm tadi telah berlangsung anugerah Juara Lagu ke 26. Mah@mahu tak lepas peluang untuk menyaksikan persembahan artis ni kaca tv kat rumah je walaupun rumah dekat dengan Stadium Putra hehehe...

Memang layak lagu Awan Nano menjadi juara tu pun menjadi tekan Mah@mahu semalam selepas menyaksikan persembahan Hafiz sungguh bertenaga. Tahniah juga kepada sifu negara Datuk M. Nasir dan Budi Hikayat juga. Hafiz tak mengecewakan lah siap menang Vokal Terbaik lagi tahniah untuk beliau.


Tapi ada sedikit kecewa apabila lagu Yuna satu pun tak merangkul apa2 anugerah. Mah@mahu harapkan beliau memenangi tempat ke2 atau ke3 tapi nak buat mcm mana bukan rezeki. Sifu tetap otai tak ada sapa leh kalahkan heheheh... Tapi Yuna tetap juara bagi Mah@mahu kerana berjaya menerbitkan album dengan label antarabangsa wow tahniah Yuna u the best lah....


Moga insyallah tahun ini menjadi tahun Yuna lak sapa tahukan. Moga industri negara akan terus menghasilkan karya bermutu dan mampu pergi jauh ker bumi asing bukan setakat juara kampung sahaja. Suka tgk persembahan Aliyah juara persembahan terbaik memang mantop lah...