Wings 'Dalam Hati Ada Taman'

Bukan nak cite pasal kumpulan WING tu semua dah tahu dan dah kenal. Tapi ni nak cite pasal tumbuhan pun ada nama wings tau. Satu tumbuhan hiasan tapi boleh juga di buat perubatan seperti org2 dulu gunakan lah. Bluewings atau nama saintifiknya Torenia Fournieri merupakan sejenis tumbuhan herba semusim yang kian popular sebagai hiasan sekitar laman rumah di Malaysia. 
Ia merupakan sejenis tumbuhan yang mudah membiak melalui biji benih dengan ketinggiannya yang akan mencapai antara 6-12 inci setelah matang.Untuk pertumbuhannya ia memerlukan air yang mencukupi dan tidak boleh dibiarkan kering. Jenis yang biasa ditanam di Malaysia mempunyai bunga ungu kebiruan dan merah jambu. Tumbuhan ini tidak boleh didedahkan kepada cahaya matahari yang terlalu terik, tapi ia masih memerlukan cahaya matahari untuk pertumbuhan bunganya yang optimun. Ia mengeluarkan bunga yang banyak dan cantik.



2 comments.. read them below or add one

hatikubaik-mohdhazlan Dreadlock hatikubaik-mohdhazlan Dreadlock 21 July, 2011
This comment has been removed by a blog administrator.
Darkbatman Darkbatman 22 July, 2011
This comment has been removed by a blog administrator.