Kesihatan

Jambu Maharaja

Jumaat, Jun 17, 2011 Mahamahu 7 Comments

Sebut sahaja Jambu ramai yg mula berfikir ia adalah salah satu buah tempatan yg sungguh hebat dan memang menghasilkan rasa yg cukup manis. Mcm2 jenis jambu terdapat di negara kita seperti Jambu Batu, Jambu Air, Jambu Bola, Jambu Madu dan mcm2 lagi. Semua sedap2 belaka tu tak tgk lagi kepada khasiatnya. Kajian telah membuktikan bahawa jikalau kita makan Jambu setiap hari ia akan mengurangkan 18% kolestrol dalam darah kita untuk tempoh seminggu mengamalkannya. Ia boleh diambil dalam berbagai bentuk termasuk makan mentah atau pun dibuat jus tapi tidak dicampurkan gula. 
Sungguh berkhasiat sgt buah jambu ini. Bukan takat buah sahaja malah daunnya pun boleh dibuat ubat untuk penyakit cirit-birit. Caranya dengan merebus daun jambu itu dan diminum airnya. Jambu juga boleh buat masker untuk tujuan menghilangkan kesan parut jerawat. Mcm2 gunalah buah jambu ini bukan takat dari buah malah daun pun boleh dijadikan ubat untuk kita. Sebab itulah org2 dulu sentiada awek muda sebab mengamalkan makanan khasiat ini huhuhu.. 

Sekrang ni pun kita diserang oleh fenomena kumpulan Jambu. Sebut sahaja kumpulan Jambu dalam Maharaja Lawak ASTRO mesti ramai yg dah tergelak sendirian. Apa taknya hanya dengan melawak tanpa dialog kumpulan ini mampu membuat seluruh dewan bergema dengan gelak ketawa dari penonton. Tamparan hebat daripada kumpulan yg menggunakan trademark ‘Muka Lagend tapi Hati Kiut’ pasti akan member saingan hebat kepada semua kumpulan2 otai lain.
Setiap minggu tak kering gusi aku melihat gelagat mereka dan ia menjadi antara kumpulan kegemaran aku juga dalam Maharaja Lawak. Sebab itu lah Jambu boleh digelar Maharaja bukan setakat kehebatan buah Jambu tapi juga kumpulan Jambu member impak kepada kita semua. Selamat maju jaya kumpulan Jambu….



7 ulasan:

  1. ha3.jambu!
    ape pon tak boleh
    boleh tuju lagu?

    BalasPadam
  2. waaaaaaa.. 2 isi dalam 1 entri jambu..hehe

    BalasPadam
  3. aku tak berapa gemar makan jambu... apetah lagi tgk jambu maharaja lawak tu.. sory

    BalasPadam
  4. hui teringat pokok jambu air kat kampung...^^

    BalasPadam
  5. Sekali sekala makan jambu mmg sodappp hehehe... Go jambu!!

    BalasPadam
  6. alahai.. banyakne manfaat buah jambu tpi zwan x sukala plak makan jambu..

    btw, untuk maharaja lawak, zwan prefer untuk Jozan.. ;)


    MySuaraBlog: Super 8 : Awesome!

    BalasPadam
  7. jambu dh x menyengat la..dlu best :(

    BalasPadam