Movie Preview 'HOP'

Dah lama tak tgk movie kat panggung dan dah lama tak buat review pasal movie. Mungkin sibuk kot tak pun tak ada org nak belanja hehehehe.. Hari ahad lepas housemate beria-ria ajak pergi tgk cite Hikayat Merong Mahawangsa. So pergilah dan tgk cite tu memang cukup hebat dan cukup mebanggakan bagi diri aku selaku anak tempatan. Satu hasil karya yg lain daripada lain menampilkan kesan serta gaya persembahan yg berani dari KRU. Kerana sebelum ini tidak pernah ada filem Melayu yg tampil dengan unsur perang sejarah dengan background yg cukup bagus sekali. Daripada 10 markah aku berani bagi 8 kepada filem HMM, tahniah kepada KRU Studio.
So berbalik pula kepada filem yg nak di review ini iaitu sebuah lagi cite animasi komedi yg di hasilkan daripada Hollywood iaitu 'HOP'. Sebuah karya yg menggabungkan animasi serta manusia dalam jalan penceritaannya. Bayk adegan2 yg kelakar dan memang sesuai ditonton seisi keluarga tapi kalau untuk couple tu kurang lah sebab tak ada adegan romentik hehehehehe. Biasalah cite dari luar ni memang kesan animasi serta bunyi tak perlu nak dipertikaikan. Tiada yg membosankan cuma endingnya mcm agak biasa dan happy ending lah.
Tapi bagi aku cite ni ada unsur kekeluargaan dan juga kasih sayang anak dan bapa. Dimana si bapa dalam keluarga Easter Bunny hendak menurunkan takhta kekuasaannya kepada anak kesayangan E.B. Namun kerana minat dan cita2 si anak mahu menjadi seorang drammer popular beliau sanggup meninggalkan segala kekayaan dan juga warisan yg telah dimiliki. Lepas tu berjumpa dengan kehidupan manusia yg juga ada konflik sama dimana masalah anak dengan ayah juga. Di situ segala cerita bermula dan juga adegan2 kelakar terjadi.

Sesuai untuk anak2 yg suka akan watak2 kartun dan juga kepada ibubapa yg taida idea untuk membawa anak2 boleh lah pergi menonton filem ini. Namun diingatkan ibubapa agar memberi bimbingan kepada anak2 kerana di negara kita tidak pernah ada sambutan Hari Easter ok. Ini semua budaya negara luar yg cuba di tonjolkan kepada kita, nak tahu apa itu hari Easter search kat google byk. Semoga semua terhibur dan juga boleh lah bersantai2 untuk menonton filem yg kelakar ini bersama anak2. Daripada 10 aku beri 7 untuk filem ini. Terbaik wok.

6 comments.. read them below or add one

ejulz ejulz 31 March, 2011
macam best je cite ni..

Jemput singgah n komen k.. :)

New Entry "Pelanggan, Gadis urut lari bertuala.. "
::FAIZ FARISH:: ::FAIZ FARISH:: 31 March, 2011
crita ni la yg aku nak tgk... mcm best
нαηιмQαtяυηηα∂α нαηιмQαtяυηηα∂α 31 March, 2011
Waa mesti pegi tengok ni.. Lagi satu nanti nak tengok Rio gak.. *sekarang dok tengok cite kartun je hehe*
Cik Sara Aspalela Cik Sara Aspalela 31 March, 2011
owh hikayat merong mahawangsa tu ad plak yg kte tk best...tp kte tk tgk lg pn...kt tanjung malim ni xd panggung lerr...hahah
cimocimo cimocimo 01 April, 2011
not bad.
some part so funny..
cool..really like bunny
SyUhAdA SyUhAdA 02 April, 2011
cam bes je..nmpak comey je katun tu..