Perubatan

Kapal Terbang Yg Beracun

Rabu, Februari 16, 2011 Mahamahu 12 Comments

Kapal terbang juga mampu menjadi racun kepada anda. Bukanlah kapal terbang yg terbang di awan tapi daun kapal terbang. Sedikit penerangan mengenai pokok kapal terbang, ia adalah sejenis rumpai yang biasa dijumpai tumbuh dikawasan terbuka.Tumbuhan ini berbatang lembut dengan bahagian dalam batangnya mengandungi span berwarna putih. Ia boleh tumbuh disemua jenis tanah termasuk tanah jenis berbatu. Kat kawasan padang kg byk tumbuh pokok ini mudah dijumpai.

Gambar sekadar hiasan
Namun tahukah bahawa daun pokok ini sebenarnya beracun? Keracunan pokok ini boleh menyebabkan kerosakan hati terutamanya kepada kanak-kanak. Pastikan korang tidak biarkan kanak2 atau adik2 korang main dengan pokok ini ia sungguh bahaya jika termakan. 

Namun dalam bahaya daun pokok ini ia juga boleh dijadikan ubat untuk merawat luka. Dulu semasa aku kat kg selalu guna daun ini untuk luka pada kulit. Dimana daun ini di lenyekkan sehingga keluar air dan disapu dikawasan luka betulkan... Selain itu juga, boleh digunakan untuk mengurangkan kembung perut dan juga cirit birit kepada bayi.
Ini lah rupa sebenar Pokok Kapal Terbang
Zaman dahulu kala daun ia juga di gunakan untuk memeram buah sehingga masak. Aku tak pernah pulak tgk mak aku guna daun ini untuk memeram buah. Tapi ia terbukti untuk mempercepatkan proses kematangan buah apabila diperam bersama. Wahh byk guna yer pokok tempatan ini tak tahu lak aku tu gunanya membaca kan hehehhe..
Namun awas kepada meraka yg telah menggunakan daun ini untuk perubatan yg disebut di atas tadi, kerana mereka perlu membasuh tangan sebersih-bersihnya kerana cecair daun yg terhasil tadi mampu memnyebabkan keracunan kepada kita dalam tempoh masa yg lama. So pastikan anda membasuh tangan setelah menggunakan daun tersebut ok... Selamat berblog....

12 ulasan:

  1. mati2 igt kapal terbang betul...

    BalasPadam
  2. OOoooOOO~
    baru tahu nama dia kapal terbang :P

    BalasPadam
  3. ingatkan kapal terbang betul..rupanya daun..kenapa dipanggil daun kapal terbang?

    BalasPadam
  4. guna daun ni bila luka n darah xberhenti2...

    BalasPadam
  5. x penah tgk pokok nih..mgkin ada tp x perasan kut..

    BalasPadam
  6. mcmn utk cirit-birit tu? sapu air nye kt prut ke?

    BalasPadam
  7. o.. ingatkan air asia letak racun dalam kapal terbang dia... hehehe

    jom baca
    Wajah baby face jangan disangka budak sekolah"

    BalasPadam
  8. daun ni klu wat kerabu sedap x??:)

    BalasPadam
  9. hmm bagus gak, baru tahu kegunaan daun ni..mcm selalu je nmpak~

    Karnival Sukan H&H - Bowling

    BalasPadam
  10. dulu guna daun ni bila kena serang sampai luka2 time main perang2 gan kawan..terbaik

    BalasPadam
  11. pernah jumpa juga masa gi Taman Negara dulu... Tourist Guide tu bg tau untuk ubat luka..

    BalasPadam
  12. dulu kecik-kecik selalu main masak-masak guna daun ni.. taktau lak nama apa daun tu.
    org cakap, letak air liur sikit.. huhu..

    BalasPadam