Hentikan Penderaan Kanak-kanak 'Minggu1' - [Kempen]


unicef

Isu ni seperti satu yang tiada penghujungnya. Apabila nafsu menguasai minda dan perasaan membatasi segalanya. Semua perkara adalah mainan seperti tidak berharga. Sedangkan kita kalau beli kereta calar sedikit pasti kita akan marah dan herdik siapa yg buatkan. Tapi cuba bayang kan bila kita sendiri calar dan pukul anak sendiri apa rasa. Cuma org yang tidak waras sahaja mampu untuk buat semua tu kan. Sebagai manusia normal ia boleh dianggap satu tindakan paling teruk tidak berperikemanusian. 


Di sini hak kanak-kanak memastikan 4 keperluan asas dijaga iaitu :-
1) Kelangsungan hidup 
2) Perkembangan kanak-kanak (pendidikan) 
3) Perlindungan
4) Penyertaan kanak-kanak sebagai anggota masyarakat.

Di situ telah jelas dalam kovensyen hak kanak-kanak 1995 untuk kita melindungi mana2 sahaja kanak2. Di dalam Akta kanak-kanak 2001, mentakrifkan kanak-kanak sebagai mereka yang berusia 18 tahun ke bawah dan wajib diberi perlindungan oleh ibu bapa atau penjaga. So sia-sia lah segala akta dan juga undang2 digubal namun kita sendiri sebagai maysarakat malah ibubapa tidak sedikit rasa simpati dan berubah di dalam hati untuk mebanteras semua ini. Sama2 kita melindungi hak kita dan juga generasi pewaris kita sendiri. Tunggu sambungan kempen ini di entry akan dtg tentang jenis2 penderaan dan apa yg boleh kita lakukan untuk sama2 membanteras semua ini.



   

3 comments.. read them below or add one

fathiah fathiah 24 November, 2010
betol2... lau kete calar ckit... marah bukan main lagi... lau kanak2.... erm... lu pikir la sendiri kan
blog-tips-kurus blog-tips-kurus 24 November, 2010
anak ~ anugerah terindah...