Dewi Remaja Di Realitikan - [Hiburan]


Sebelum ini kalau kita nak tahu pasal program Dewi Remaja mesti kena beli majalah Remaja kan. Semua gambar dan juga aktiviti mereka di paparkan dalam majalah tersebut. Malah peminat hanya akan tahu keputusan akhir dalam majalah sahaja. Namun kini tidak lagi, kerana ia bakal dijadikan program realiti di television anda. Program realiti ini akan bermula dari 24 November 2010 di saluran Astro Ria. Selepas ini, segala aktiviti mereka anda akan dapat daksikan secara live dikaca tv. Program ini seperti program realiti lain dimana semua 12 peserta akan dinilai dan juga diberi tugasan setiap minggu, pemarkahan mereka akan ditentukan oleh juri profesional sahaja. Kesemua peserta dalam lungkungan 18 hingga 24 tahun dan mempunyai latar belakang pendidikan tinggi dari universiti ataupun kolej.


zamanscha.jpg picture by mady83


Menurut kata penerbitnya sendiri program ini tidak akan sama seperti pertandingan Ratu Cantik, kerana ia bukan sahaja mengetengahkan kecantikan malah ia akan menonjolkan kecantikan dalaman serta kepintaran peserta. Tapi yg pasti program ini saling tak tumpah seperti program Ratu Cantik kerana kena menggayakan tubuh walaupu pada kadar kesopanan yg maxsima. So sama jer kan kerana kecantikan luaran menjadi pertaruhan juga kan. Mungkin lepas ni kita akan dpt lihat byk lagi program realiti mcm ni bakal muncul dan tidak mustahil akan ada program Hero Remaja realiti yg juga dihasilkan dari majalah terserbut juga.



dewiremaja.jpg picture by mady83

So tepuk dada tanya selera dan mungkin kita ni terlalu byk sgt disogok dengan program realiti dan mcm manjadi tran sekrang kot program mcm tu akan mendapat rangking yg paling tinggi. Mungkin TV Alhijrah juga tak lari dari menggunakan konsep program realiti tapi kearah keIslaman lah heheheheheh..


3 comments.. read them below or add one

::FAIZ FARISH:: ::FAIZ FARISH:: 11 November, 2010
pernah terfikir nak masuk hero Remaja... hihihi
z o u l z o u l 11 November, 2010
x mustahil dewi jumbo pon akan ada nti..tepuk dada tanya selera..tetibeeeee
||| PöJìé PööH ||| ||| PöJìé PööH ||| 11 November, 2010
Semua nak direaltikan apa kes? Kurang identiti dah memasing.. Dan yang pasti betul kata kamu, luaran tetap menjadi tarikan no 1..

Love,
PojiePooh Abdullah