Pendapat

Pengurus Rumah Tangga Anak FELDA - [Pendapat]

Isnin, Oktober 18, 2010 Mahamahu 4 Comments


Kalau kita dgr jawatan tu mesti kita ingat ia adalah sebagai satu tugas biasa harian yg dilakukan oleh kita. Tapi hakikat nya ia jauh lebih sukar kerana tugas ini bukan sahaja mengurus rumah tangga tapi menjaga etika serta tingkahlaku sebagai pengurus rumah tangga org lain. Pelik kan jawatan tu tapi ini lah yg cuba dibawakan oleh FELDA kepada masyarakat kita apabila menyediakan peluang mengikuti kursus secara percuma sebagai Pengurus Rumah Tangga. Kursus selama setahun ini akan mengajar mereka dalam bidang mengurus rumah tangga dan penjagaan kanak2. Dengan pemulaan gaji RM700- RM1000 di lihat sebagai satu peluang kepasa generasi muda kita yg tidak berpeluang melanjutkan pelajaran dan juga tidak bernasib baik mencuba peluang ini.

Tapi menurut apa yg dikatakan dalam berita tu bahawa ia terbuka kepada semua peringkat umur. Di bimbangi ia akan menjadi peluang kepada ibu2 tunggal dan juga suri rumah yg mahu mendapat pendapatan sampingan menceburi bidang ini. Anak muda kita jng harap lah nak sertai sebab nak jaga adik kat rumah pun malas nak memasak pun malas ni kan nak buat tugasan untuk org lain. Tapi harap pihak berkenaan akan dpt mengkaji lagi peluang ini dari segi pengambilan dan juga bidang kuasa mereka agar tidak di tindas dan juga tidak terus di aniaya oleh majikan mereka nanti. 

Dan kepada semua anak muda mengambil peluang yg ada untuk memperbaiki diri dan tidak melepaskan peluang yg terbaik ini untuk menjadi titik pemulaan hidup yg lebih bagus. Aku generasi kedua FELDA juga merasakan ia satu peluang yg bagus agar sedikit sebanyk mengurangkan masalah gejala sosial kalangan anak muda di kawasan FELDA.




   

4 ulasan:

  1. jgn cari yg mudo2 takottt lak mak incik nanti..hahahah.. salm kenal dik

    BalasPadam
  2. SINGGAH..

    tetiba ditarik balik. konon menggambarkan anak2 felda tak belajar tinggi sampai kena jd pembantu rumah pulak

    BalasPadam
  3. susah nak cakap benda2 cmni...kena tanya yang pakar...biar kaji betul2 baik buruk perlaksaannya...mane yang baik han sokong... :)

    BalasPadam
  4. bagus sebenarnya benda2 ni..dari melepak, baik join

    BalasPadam