I-City Kenapa Macam Ni? - [Pendapat]


Sebelum ini 4 bulan sudah aku ada buat entry pasal I-City [Click]. Tapi masa tu aku buat sebab aku first time sampai tempt tu dan jalan2 kat situ tgk apa yg menarik sgt sebab ramai post kat blog masing2. So aku pun teruja lah untuk sama2 merasai keistimewaan tempat tersebut. Tetapi pada masa itu aku memenag tertarik dan memuji reka bina serta idea mereka untuk buat taman cahaya yg tidak terfikir pada masa itu. So ini boleh lah jadi satu lagi tempat kebanggan kita sebagai rakyat Malaysia

Tu pada masa first time aku datang hari tu lah, tapi sekarang semua dah berubah. Mungkin lah kata org perubahan mengikut peredaran masa tak salahlah kalau ia berubah lebih cantik dan lebih maju tu aku sokong. Tapi ia dah berubah sebab bukan dari segi itu sahaja, malah telah berubah dari segi cas yg dikenakan. Aku buat kronologi dari first time aku dtg, tiket masuk untuk parking sahaja adalah RM1 untuk sebuah kereta. Pada masa tu memang ramai sgt yg masuk dan memang meriah.

Second time aku dtg semula untuk berjalan2 kat situ pada bulan Ogos yg lepas sebelum puasa. Pada masa tu harga tiket RM 10 untuk hari Jumaat, Sabtu & Ahad manakala RM 5 untuk hari Isnin hingga Khamis. Tu ok lah aku masih boleh terima sebab cupon yg byr untuk parking tu boleh tebus dengan pembelian makanan atau minuman di dalam kawsan tersebut. So kira tak rugi sgt lah walaupun makanan mahal sgt dan mencecah 1 cupon untuk satu makanan. Ok lah time tu aku pun terkejut sikit tapi aku boleh terimalah.

And last dan mungkin yg terakhir aku dtg sana kot kalau tak kena paksa, aku pergi pada 30 Sept 2010. Pada masa itu harga tiket masih sama aku tak kisah lah boleh tebuskn Tapi yg aku terkejutnya aku pergi ke kedai makanan nak tebus cupon berharga RM5 tak boleh tebus dan kena belanja sekurang2nya RM20 baru boleh beli kat kedai tu. Aku tak sure kedai tu sahaja ker atau semua kedai tapi aku memang terkejut sgt dan nak marah pada masa tu. Padahal waktu tu aku nak beli aiskrim saja untuk terbus RM5 tapi pekerja tu ckp tak boleh beli dengan cupon RM5 aku kena tambah lagi RM15 untuk membolehkan aku menggunakan cupon tu. So maksudnya kat sini bahawa kupon RM5 + RM15 duit sendiri baru boleh beli kat kedai tu. Logik ker dia org letak peraturan mcm tu. Aku tahu lah nak kaut untung gila2 tapi jng sampai buat peraturan tak patut mcm tu. Siap ada notis lagi pembelian mestilah melebihi RM20, ingat ni apa Disneyland ker....

So dengan persaan agak marahnya aku terus sahaja bla dari kedai tu tanpa kata apa2. Dah lah semua pekerja kat situ dah bertukar dulu first2 aku dtg warga Malaysia yg bekerja kat situ kini dah jadi warga Bangladesh lak keje kat situ nampak sgt nak byaran murah kan. Pulak tu aku nak pergi satu kedai steamboat kat situ nak makn tapi aku was-was nak makn kerana tiada logo halal dan semua pekerjanya adalah warga Vietnam. Tapi aku pergi tetap dilayan mcm org biasa yg boleh mkan apa2 saja ingat aku ni pusat pelupusan sampah DBKL ker semua nak main bedal. Terus aku tak pergi mkn kat situ and aku beli aiskrim kat kedai steamboat tu jer.

Tu lah kan cepat sgt masa berubah anda menjadi entah apa2. Dari harga rendah kepada harga 3kali ganda. Dari bayar sikit kepada byr ikut suka dia org jer. Dari pekerja Malaysia kepada pendatang asing. Entah lah aku tak yakin bahawa tempat itu akan terus maju kalau dengan sikap mereka yg nak kaya cepat ni. Tahu lah nak byar bill elektrik byk tapi tak ada lah nak cas bukan2 ker nak kuat untung untuk bayar royalti kepada kerajaan negeri opssssssss. So kepada sapa2 nak pergi boleh pergi tgk sendiri mcm mana perubahan itu terjadi. Selamat Berblog.....


{ 7 comments.. read them below or add one }

HaNTwO HaNTwO 01 October, 2010
aku xpernah g....kena bayar rupanya...
Shukjessa Shukjessa 01 October, 2010
bro yg rm5 ke rm10 tu harga tiket parking eh?

next time gi naik motor or tumpang member2, bawak makanan sendiri sume, buat macam rumah sendiri je la hahaha, kasi diorg terbakar sikit.

aku pun lama dah tak gi sana. ramai sgt orang, tak best nak ambil gambar, sebab ada jenis2 manusia ni tak reti nak hormat orang ambil gambar, main lalu je...
Afiq Afiq 01 October, 2010
aku xpenah pagi lagi..setakat tgk dari luar je huuu mls nk masuk..
baik parking kete kat luar je..jalan kaki lagi bagus..cekik darah kot..mahal gler.
Cik Jari Cik Jari 01 October, 2010
erk..baru je bhajat nak pegi..cmtuh rupenye...ermm
midonz midonz 04 October, 2010
so far tak pernah pegi lagi..
lepas baca statement ni rasanya tak pergi pun takpe...
banyak lagi tempat2 menarik yg kita ada..
Sricahaya Sricahaya 04 October, 2010
ari tu pegi kena rm1 jerk..biar btl skg dah mahal giloss cam tu..mkn pun mahal sgt..
Robot | Sakti Robot | Sakti 04 October, 2010
aku selalu jugak pergi ke i-city tu.
tapi g ngn motor je lah.
tak kena bayaran parking pom.
kalo ngn keta, teruk jugak dorang cas ek.aku sarankan g ngn moto je la ek.
hihihi

:)