Siti, Sosilawati, M. Rajoli Dan Aidilfitri - [Pendapat]


Mesti ramai pelikan pasal tajuk entry kali ini. Sebenarnya aku sahaja nak rangkumkan antara isu2 utama yg besar belaku sepanjang kita nak menyambut Hari Raya Aidilfitri ni. Dari mula kita berpuasa sehingga lah kita berhari raya. Mcm2 cerita sedih yg aku dpt baca diakhbar kita semenjak dua menjak ini. Antara isu yng menjadi sensasi yg boleh aku rangkumkan kronologi setiap yg berlaku. Kalau kurang tu adalah dari pendapat aku sendiri tiada kena mengena dengan hidup atau yg sudah pergi.

Dato Siti Nurhaliza
Menjelang awal Ramadhan kita disambut dengan berita gembira apabila dua diva negara yg selama ini berbalah telah berbaik semula tanpa sengketa. Bermula dengan isu email kepada isu kutuk mengutuk mereka pernah mengempakan dunia hiburan selama 6 tahun sehingga dibawa ke muka pengadilan. Tidak habis disitu meraka juga pernah dikatakan tidak sebulu untuk mengadakan persembahan dan juga apa2 sidang hiburan. Dato Siti Nurhaliza juga pernah membuat pengumuman untuk terus bertudung selepas pulang mengejakan haji pada Aidilfitri yg lalu, turut menjadi isu hangat sehingga byk pihak mempertikaikan cara pemakaian tudungnya. Namun kini menjadi satu titik permulaan kepada career dato ini bak kata pepatah 'buang yg keruh ambil yg jernih', semoga terus mewarnai dan menceriakan lagi industri muzik tanahair.


Dato Sosilawati 


Pada pertengahan ramadahan dalam sibuk membuat persiapan menjelang Syawal kita terus di gemparkan dengan kes laporan kehilangan jutawan kosmetik Dato Sosilawati. Dengan pada mula di sangka hilang dan di culik, terus terjumpa bukti2 kukuh dan juga mengkaitkan beliau dengan kes bunuh. Paling menyayat hati kes bunuh paling kejam melibatkan bukan 1 atau 2 malah 4 sekali mereka yg rapat dengan beliau turut menjadi mangsa. Kini kes ini masih menjadi siasatan sehingga ada pihak memohon tindakan tegasa dan segera kepada mereka yang bertanggungjawab terhadap kes ini. Namun kita juga pernah membaca sebelum ini kisah hidup Dato yg pernah berumahtangga dengan penyanyi Nash pada 2006, menjadi antara isu paling hangat pada masa itu. Namun semua sudah berlalu hanya bacaan Yassin dan juga Al Fathihah kita curahkan kepada roh beliau semoga tenang sentiasa.


M. Rajoli


Haji Mohd Rajoli Bin Mohamed Zin kisah derita beliau pernah kita tatap beberapa tahun yg lalu. Namun kita tidak tahu dukanya sehingga beliau di sahkan menghidap penyakit barah otak. Namun itu semua tinggal kenangan dan hanya hasil lakonan dan gelak tawa beliau menjadi memori kita, pewatakan ceria dan warak menjadi ikutan. Pemergian aruwah membuat kita terus teringat pada insan tersyg menjelang aidilfitri yg mulia ini. M Rajoli telah menghembuskan nafas terakhir pada 8 syawal dimasa kita masih sedang sibuk menyambutnya. Namun itulah takdir ajal maut dan pertemuan semua di tentukan oleh Allah kepada kita umatnya. Semoga ini menjadi kekuatan kepada meraka yg turun sama merasa kesakitannya. Al Fatihah kepada Allahyarham M Rajoli.

Ini adalah sedikit sebanyak kronologi kisah suka duka kita menjelang hari raya. Kisah meraka yg sedikit sebanyak menjadi isu utama dan perhatian byk pihak. Secara amnya yg dpt disimpulkan disini 'dalam kita bergembira kita harus ingat pada yg berduka', lirik lagu ini menjadi suilan kita namun adakah kita mengingatinya. Tepuk dada tanya selera. Selamat berblog....




1 comment... add one now

Pencacai Alim Pencacai Alim 20 September, 2010
pasni ssh dh nk jmpa pelakon mcm mrajoli bw watak org alim..bg aku dia je yg sesuai