Teknologi

'Replica' Simpanan - [Teknologi]

Selasa, Julai 06, 2010 Mahamahu 4 Comments

Replica adalah satu lagi produk keluaran Seagate company, pengeluar peranti komputer popular di Malaysia. Replica merupakan aplikasi salinan atau "Backup" terbaharu yang tidak memerlukan manual untuk dipelajari. Ia direka bagi memudahkan sokongan dan pemulihan dengan menyalin semula data dalam komputer secara automatik bagi penyambungan semula dan perlindungan keseluruhan memori berguna. Salinan automatik dibuat terhadap aplikasi, sistem pengendalian, emel, foto, filem, Internet dan banyak lagi seting menerusi tawaran dua jenis konfigurasi. 
Semudah menyambungkan kabel USB dan klik ‘OK’, seluruh komputer akan melalukan proses salinan ke atas setiap fail individu dan folder dalam beberapa minit sahaja. Seagate replica ditawarkan dalam model Multi PC dan model PC tunggal berserta dok bebas wayar. Saiznya yg lebih nipis dan kecil lebih mudah untuk di bawa kemana2 serta disimpan untuk kegunaan semula.

 Kegunaan yg boleh di "plug & play"


SPESIFIKASI
1. USB 2.0/ 480Mb/s. 
2. Kelajuan Putaran 5400RPM. 
3. Pilihan Beberapa PC/PC Tunggal.
4. Serasi Windows XP/Vista. 
5. Saiz Pemacu 142.60x 101.28x 18.20mm/ 260g. 
6. Saiz Dok 141.04x 28.04x 50.22mm/ 160g. 
7. Harga RM439 (Multi PC)/ RM299 (versi tunggal) 


 Apabila disambungkan ke tapak


* Maklumat lanjut www.seagate.com/replica

4 ulasan:

  1. aduaaiii mahal gak ek..xde diskaun ke??? ngeee

    maklumler picta gediks akak kan byk so bleh arr transfer kt replica tu...huhu

    BalasPadam
  2. Belanja aku... sekian terima kasih

    BalasPadam
  3. berape besar size storage dye nieh?

    BalasPadam