Perubatan

Misai Kucing & Misai Manusia - [Perubatan]

Rabu, Julai 07, 2010 Mahamahu 7 Comments


Bukan lah nak buat perbandingan dah sah2 dua2 misai ni berbeza antara satu sama lain. Tapi nak cite pasal khasiat pokok Misai Kucing dan juga kelebihan lelaki bermisai. Adalah kebaikan kepada org2 yg bermisai juga. So kita tgk dulu first tumbuhan Misai Kucing ok..
 
 Gambar hiasan
 
Tumbuhan dari klasifiksi liar ini mula banyak ditanam dan popular sebagai tumbuhan taman kerana bunganya yang cantik. Tumbuhan ini mudah membiak melalui keratan batang dan memerlukan medium yang agak lembab untuk hidup dengan subur. Misai kucing ialah heba bukan semusim dan ia boleh hidup lama.Ia kaya dengan kalium. Tumbuhan ini mula menarik perhatian para pengkaji antarabangsa apabila ia mula diperkenalkan sebagai teh di negara2 Eropah pada awal kurun ke20
 
 Bunga Misai Kucing

Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Daunnya yang dikeringkan dan dijadikan teh telah digunakan sajak dulu lagi dan selamat dari sebarang kesan sampingan. Ia juga dapat membantu tubuh kita mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi. Ia mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing. Ia juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubat moden. Selain itu, ia juga dapat merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang. Ia juga dpat mencegah pembentukan batu karang. Ia sangat terkenal dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis dan menurunkan tekanan darah tinggi.



Habis cite pasal Misai Kucing la ni nak cite pasal org bermisai ni. Lelaki bermisai setengah wanita anggap ia satu yg menjijikan dan kadang2 di label sebagai lelaki miang. Tapi itu stigma sahaja kerana lelaki bermisai sekrang lebih berjaya dan mampun untuk tampil berkarisma. Contoh paling terang sekali Dato' K seorang bermisai and nampak eligen. Ada 5 perkara yg boleh dikaitkan dengan lelaki bermisai daripada ciri2 yg terdapat padanya, seperti berikut:- 
 
 Dato K icon lelaki bermisai
 
1)  Nampak "Macho & Sasa"
2)  Lebih Seksi
3)  Bersikap matang
4)  Berciri seorang pemimpin
5)  "Caring" and keselamatan tejamin

Ni yg boleh saya listkan untuk ciri2 yg dpt dilihat terhadap lelaki bermisai so apa pandangan anda tepuk dada tanya hati ok...  Renung2 kan dan selamat berblog.
 
Sumber dari :


7 ulasan:

  1. haha .datuk k misai gatal do .

    BalasPadam
  2. koi kikis misai tinggalkan janggut kambing sejemput je

    BalasPadam
  3. oooo cmtu rupe bentuk pokok misai kucing ye..baru ku tau...ngeee

    motipp papar gambo dato k...??

    BalasPadam
  4. nak simpan misai mcm tak kena so cukup misai tinggal janggut... hehe

    kak hezie tak pernah tgk pokok misai kucing ker ayioo org selalu tanam kat rumah buat hiasan..

    BalasPadam
  5. daun misai kucing tu boleh digoreng dan dijaikan snek jugak tau..sedap.try la buat..

    pasal lelaki bermisai lak..ade sesetengah lelaki yang sesuai bermisai..ade lelaki yang tak sesuai bermisai..tengok pada kesesuaian muke lelaki tu jugak lah..huhu


    my encinta bermisai ..kalau die tak de misai,...xbest nak tengok..dah macam tengok orang len dah...hehehe..beliau jugak ade janggut..sye tak kasi die buang misai atau pon janggut die tu ...hehe

    BalasPadam
  6. aku akan bele misai

    BalasPadam
  7. selalu pompuan kate lelaki berjanggut nampak tua.

    dan lelaki bermisai nampak garang.

    pada aku, janggut lebih manis dipandang dari misai.

    dari segi anatomi (cewah) janggut melengkung mengikut dagu yakni membentuk shape seakan senyuman. ditambah bila orang tu senyum lagi manis aaa.

    ni lain dengan misai, sebab shape lengkungan dia adalah seperti shape orang marah, mencebik dan masam. kecuali jika dia senyum la.

    kotor? kalau panjang sgt sampai masuk dlm mulut mmg kotor la, janggut ke bawah so takdelah makanan terlekat pun.

    lagipun orang katalah, simpan janggut ni sunnah nabi, wallahualam

    BalasPadam