Untuk ibu and bakal ibu - [Kesihatan]




Huuhuhuh entah kenap tiba my friend request untuk pantang larang selepas besalin ini. So untuk memenuhi pemintaan my friend tu jadi lah entry ni aku sendiri pun tak tahu nak buat entry apa hari ni hehehehe. Tak ader byk pic sgt cuma ader byk tulisan baca lah ok untuk kegunaan semua juga kita kongsi ok.


1.   Kawal pergerakan

  • Selepas bersalin dikehendaki mengawal pergerakan, tidak terlalu banyak bergerak, berjalan secara perlahan, tidak gopoh gapah kerana ditakuti tumpah darah.   

  • Ibu-ibu dikehendaki sentiasa menjaga kaki, memakai stoking dan jangan tersepak benda-benda keras kerana ditakuti bentan, membawa sakit hingga ke kepala dan meroyan serta lambat pulih kesihatan.

  • Ibu-ibu hendaklah duduk secara merapatkan peha supaya dapat mengecilkan/mengecutkan vagina kembali kepada asal (barangkali kerana orang dulu-dulu bersalin di rumah dan mengharapkan luka baik sendiri tanpa sebarang jahitan)

  • Saya perhatikan pantang larang di atas sukar dipatuhi oleh ibu-ibu muda sekarang, mereka tidak mengawal pergerakan, tidak suka pakai stoking dengan alasan panas, cara duduk pun tidak dijaga/dikawal, malah ikut rasa selesa, mungkin kerana yakin dengan `treatment' yang diberikan oleh doktor-doktor pakar.

2.   Jaga pemakanan
  • Minum air perahan kunyit hidup setiap pagi selama beberapa hari (antara 3-7 hari)  selepas bersalin.
  • Menyembuh luka vagina dengan cepat, makan sup ikan haruan dengan banyakkan halia muda dan lada hitam.

  • Tidak mengambil atau mengurangkan makan makanan bersantan dan berkanji seperti kuah kari dan pulut.
  • Tidak makan sayuran yang bersifat sejuk dan menyebabkan angin perut (seperti kangkung, kacang panjang, labu air, kobis, terung, nangka muda, jantung pisang) dan buah-buahan yang bersifat masam (asidic) dan sejuk (seperti mempelam, limau dan lain-lain) 
  • Tidak makan lauk berkuah, sebaliknya makan nasi panas dengan ikan bakar (yang disapu sedikit garam dan kunyit) serta ditaburkan serbuk lada hitam.  
  • Makan 2 biji telur ayam kampung yang jadi masak apabila dibancuhkan bersama madu lebah asli.   Badan sentiasa berpeluh kerana panas madu lebah dan lada hitam, muka kemerah-merahan (tidak pucat lesi) dan cepat pulih kesihatan.  

3.    Mandi Air Rebusan Herbal
  • Mandi setiap pagi dengan air rebusan daun-daun herba seperti mengkudu, kadok, pandan, serai wangi, kunyit, jambu batu, dan lain-lain serta dimasukkan juga asam keping, kulit kayu manis dan cengkih.


4.     Berurut
  • Selepas beberapa hari bersalin dan luka pada vagina dah sembuh, bolehlah diurut seluruh badan, antara 3 - 7 hari,  kira-kira 1 jam setiap hari.  Sebaik-baiknya berurut hendaklah pada waktu pagi, suasana masih segar dan sejuk.  Tumpuan berurut juga kepada bahagian perut, untuk menaikkan rahim kembali ke tempat asal.

  • Bolehlah diulang berurut mengikut keperluan, terutama jika ada rasa letih dan tegang urat saraf selepas   menyusukan bayi.  Boleh juga diulang berurut pada hari-hari ke 40 hingga 44, iaitu sebelum selesai berpantang, terutama untuk tujuan menaikkan (menyekak) peranakan. 


5.  Bertungku / bergagang
  • Bertungku terutama di bahagian perut dan peranakan, untuk cepat kecutkan peranakan dan sekaligus mengempiskan perut ibu kembali kepada bentuk asal.

  • Terdapat juga petuan ang mengamalkan bergagang, iaitu dengan menjiruskan air ke atas tungku panas, kemudiaan selinkupkan kain sarung dan berkangkang di atasnya supaya wap panas dapat memanaskan vagina dan mengucutkan peranakan.  Boleh juga menggunakan peralatan mandi wap seperti yang disediakn di pusat rawatan kecantikan/ spa.


6.   Berbengkung / barut perut
  • Membarut perut/berbenkung dengan olahan campuran kapur sirih dan limau nipis selama antara 3 hingga 7 hari pertama selepas bersalin.  Campuran ini cepat mengecutkan peranakan dan mengmpiskan perut, terdapat juga yang menggunakan ragi untuk tujuan ini.

  • Selepas berurut, bertungku dan bergagang, maka perut bolehlah di barut dengan olahan bancuhan herba rawatan bersalin. 


7.    Bersalai / Berdiang

  • Bersalai/berdiang bermaksud tidur di atas salain atau katil yang diletakkan bara api di bawahnya. Katil biasanya ditinggikan supaya tidak terlalu dekat dengan bara api.

  • Bbersalai/berdiang biasanya dibuat pada waktu pagi ketika cuaca sejuk dengan tujuan untuk memanaskan badan dan mengeluarkan peluh, cepat mengecutkan peranakan dan mengempiskan perut. Semasa bersalai banyakkan meminum air suam.

  • Bersalai/berdiang sekarang ini bolehlah dibuat di atas tilam b-ion, iaitu tilam yang ada batu-batu jade dan dipanaskan dengan kuasa letrik. 

8.    Menyapu pilis

  • Menyapu pilis pada dahi, untuk menyejukkan bahagian kepala dan mencerahkan mata, serta mengelakkan dari sakit kepala yang mungkin boleh menyebabkan meroyan.

  • Pilis biasanya boleh didapti bersama pakej herba/jamu bersalin.  Pilis juga boleh dibuat sendiri, iaitu dengan memarut halus jambu batu muda dicampurkan dengan bedak sejuk dan air mawar. 

9.    Memanjangkan tempuh berpantang

  • Amalan tradisional dahulu kala biasanya melanjutkan tempuh berpantang kepada ibu-ibu lepas bersalin sehingga ke 100 hari, terutama untuk tujuan kembali mengadakan hubungan sex dengan suami, supaya dapat memastikan badan benar-benar pulih dan sihat, memerhatikan kitaran haid yang betul bagi membolehkan merancang keluarga dan mengambil precaution kehamilan.



   

2 comments.. read them below or add one

ASHIKIN ASHIKIN 15 March, 2011
info berguna...tumpg singgah