Dapur,
Rezeki Lepas Hujan Di Dahan Mati Sehingga Menjadi Resipi Masak Lemak Kulat Sisir
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Banyak sumber alam yang boleh dijadikan makanan sehingga peribahasa menyatakan 'Ulat Dalam Batu Pun Boleh Hidup'. Tuhan dan jadikan pelbagai sumber alam semulajadi terutama selepas hujan. Tumbuh meliar didahan pohon getah yang telah mati.
Mesti korang tanyakan apa itu, ia adalah Kulat Sisir. Kalau dulu nak dapat kulat sisir kena tunggu selepas hujan dan kayu pohon getah lebab dan basah akan tumbuh banyak. Tapi sekarang kulat sisir ini dimula dikomersialkan sehingga menjadi sumber pendapatan lumayan zaman sekarang ini. Mudah dijaga dan tidak perlu penjagaan rapi serta hanya siram yang betul sahaja.
Kali ini Maha nak kongsikan satu resipi yang dimasak sendiri menggukan kulat sisir atau ada sesetengah tempat panggil ia cendawan kukur. Resipi mudah dan sangat sedap disukai ramai iaitu resipi Masak Lemak Kulat Sisir. Orang kampung suka makan ni bertambah-tambah. Jom kita lihat bahan yang Maha gunakan mudah nak dapat didapur sahaja.
Bahan-bahan memasak
150gram Kulat sisir
1 biji Bawang Besar - Dikisar
7 tangkai Cili Padi - Dikisar
2 inchi Kunyit Hidup - Dikisar
1 biji Kentang - Potong Dadu
2 batang Serai - dititik
1 keping Asam Gelugur
30gram ikan bilis -ditumbuk kasar
1 kotak Santan Segera
Garam dan serbuk perasa
Cara Memasak
1) Maha beli Kulat Sisir ni secara online sahaja. Terus boleh sampai kat rumah senang. Rendam kulat sisir dalam air garam selama 30 minit. Tos airnya dan bilas beberapa kali sehingga kulat nampak bersih.
2) Kisar bahan utama iaitu bawang besar, cili padi dan kunyit hidup sehingga hancur.
3) Lepas itu panaskan periuk dan masukkan bahan yang dikisar tadi dan serai yang dititik. Masak sehingga sedikit kering.
4) Masukkan air kosong sedikit demi sedikit dan masak lagi sehingga mendidih.
5) Masukkan kentang yang siap dipotong dan juga masukan asam gelugur juga. Masak sekejap sehingga kentang empuk.
6) Kemudian masukkan pula kulat sisir dan masak lagi. Kalau kurang air tambah sikit demi sedikit.
7) Akhirnya masukkan santan untuk rasa lebih berlemak.
8) Last sekali masukkan garam dan serbuk perasa untuk tambah kesedapan.
9) Siap hidangan Masak Lemak Kulat Sisir
Masakan yang mudah dan cepat sangat sedap dan mengenyangkan. Sekali sekala nak ubah angin apa salah masak masakan kampung. Sedap hidang makan dengan nasi putih dan juga ikan goreng terangkat. Kalau korang nak cuba dialu-alukan dan boleh share hasilnya di ruang komen ok. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera semua.
0 Pandangan: