Magazine,
Masih Tersenarai Dalam 'Top 10 Most Engaging Food Reviewer in Malaysia'
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Lama juga tiada update terkini kat blog Maha ni. Almaklumlah sibuk dengan kerja hakiki. Tapi minat menulis manis tidak dilupakan terus semangat walaupun jarang-jarang. Namun masih ada lagi pembaca dan juga mereka yang merujuk kepada blog Maha untuk cari tempat makan. Walaupun disaingi dengan sosial media yang lain.
Ini terbukti apabila blog Maha tersenarai dalam Top 10 Most Engaging Food Reviewer in Malaysia dari sebuah majalah digital. RHA atau Research House of Asia adalah sebuah majalah online yang meraikan kisah-kisah indah tentang perniagaan, orang yang berjaya, dan gaya hidup yang memberi inspirasi di seluruh kehidupan di Malaysia.
Terkejut juga bila buka email dan terbaca dari mereka untuk menyenaraikan blog makan Mahamahu dalam senarai Top 10 bersama nama-nama hebat. Ada blog Bangsar Babe, KL Hunts Food, my tok guru PlacesAndFoods serta ramai lagi nama-nama lain. Kita hanya ikan bilis yang kejap ada dan kejap tenggelam dalam kehebatan nama-nama besar lain.
Kalau korang nak tengok senarai tu boleh klik lini sini >>> https://top10malaysia.com/top-10-most-engaging-food-reviewers-in-malaysia/
Apa pun terima kasih kepada korang juga yang terus support dan juga membaca blog Maha walaupun tidak sehebat 10 tahun dahulu. Bagi pendapat koranglahkan adakah masih relevant lagi penulisan blog di zaman serba serbi pegi kepada sosial media sekarang ni. Banyak orang lebih suka membaca atau tengok video. Dapat sesuatu? Sila komennn.. Hehehehe.
tahniah!
BalasPadamTerima kasih
Padam