Cermin Mata,
Kedai Cermin Mata Murah Dan Siap Dalam Masa Hanya 1 Jam Di Sungei Wang Plaza
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Maha bukan lah adalah masalah mata yang kronik atau rabun tapi selepas membuat pemeriksaan mata hari tu masa pergi jalan-jalan kat Sungei Wang baru tahu yang Maha ada masalah silau. Memang betul pun sebab setiap kali kalau memandu waktu pagi atau juga waktu malam bila ada cahaya matahari terus ke mata atau juga lampu kenderaan dari depan memang tak boleh pandang.
Tapi hari tu masa buat pemeriksaan mata, pakar tu cakap ia bukanlah masalah yang kronik sangat cuma silau ringan sahaja. Jadi mereka ada cadangkan untuk membuat satu cermin mata khas untuk lindungi silau dengan menggunakan Alpha Lens. Macam mana pulak rupa kanta ni adakah ia tebal atau juga harganya mahal. Sebenarnya semua tu tidak kerana Maha dah temui satu kedai yang menawarkan harga berpatutan dan juga siap hanya dalam masa 1 jam sahaja sangat pantas.
Kedai yang Maha maksudkan itu ialah Eyes Vision Optical yang teletak di Aras G Sungei Wang Plaza. Kalau nak senang cari kedai cermin mata ni ikut nombor unit iaitu no G-096. Masa Maha datang hari minggu hari tu memang ramai orang kat situ sebab bukan sahaja harga murah tapi juga service yang cepat dan ramah mesra. Korang jangan takut dan malu mereka akan bantuk apa yang korang perlukan.
Sebenarnya kedai ni dah lama berada di sini dan cukup dikenali kerana khidmat mereka yang ramai orang kata bagus. Sebab tu Maha pun datang cuba buat pemeriksaan kat sini menggunakan mesin pemeriksaan berkomputer. Khidmat pemeriksana ni percuma sahaja. Selepas dah tahu tahap masalah mata yang korang alami barulah kita dibawa kepada beberapa lagi pemeriksaan untuk pengujian ringkat bagi mendapatkan ketepatan masalah mata yang kita hadapi itu.
Maha bersama MR Jun Pengarah Eyes Vision Group |
Mereka akan bagi khidmat nasihat tentang apa masalah yang kita hadapat dan juga kanta apa yang sesuai. Hari tu Maha diterangkan oleh Mr Jun salah seorang yang pakar kanta mata yang ada dikedai tersebut. Rupanya kat kedai mereka ni ada beberapa jenis kanta mata yang berkualiti. Selalu kita tengok kanta mata biasa sahaja untuk rabun tapi kali ini mereka ada dua jenis lagi kanta khas iaitu Sun Black Lens dan juga Alpha Lens. Apa beza kedua-dua kanta mata ni dan juga kelebihannya.
Sun Black Lens
Ia adalah kanta mata yang istimewa dimana pada masa kanta ini terdedah kepada cahaya matahari atau sinar UV ia akan berubah menjadi gelap. Kemudian ia akan kembali normal putih dalam masa selepas 1 minit tanpa pendedahan kepada cahaya matahari. Korang akan dapat dua dalam satu kat sini.
Alpha Lens
Ini pula adalah kanta cermin mata yang tidak ditembusi cahaya matahari atau UV langsung. Ia sangat sesuai untuk mereka yang ada masalah silau yang tinggi dan juga memandu dalam waktu malam untuk elak silau cahaya lampu kenderaan dari depan. Kanta ini juga sama akan berubah warna menjadi gelap kalau terkena cahaya matahari.
Sebelum terdedah kepada cahaya matahari atau UV |
Berubah gelap selepas terdedah kepada cahaya matahari dan UV |
Itu yang bestnya kat kedai ni kerana mereka berkongsikan segala keistimewaan yang mereka ada dan tiada di kedai lain. Kalau korang tanya harga pula bagi Maha ia sangat berbaloi terutama mereka yang kurang mampu atau juga pelajar yang nak buat cermin mata. Korang percaya tak kalau harga Bingkai + Cermin dengan kuasa hanya RM65 sahaja.
Cuma kalau korang nak tukar kepada cermin Sun Black Lens atau juga Alpha Lens yang Maha cerita tadi hanya tambah lagi RM60, so totalnya akan jadi RM125 sahaja. Kat sini korang boleh pilih bingkai mengikut citarasa yang korang nak daripada bingkai besi, bingkai plastik yang flexible atau juga bingkai kayu semua ada. Selepas buat pemilihan bingkai mereka akan mula proses untuk buat kanta cermin mata dan ia hanya mengambil masa 1 jam sahaja untuk siap.
Bagi Maha sangat berbaloi lah kat sini harga berpatutan dan juga boleh siap dalam masa sama. Jadi korang tak perlu nak tunggu 2 atau 3 hari lagi untuk cermin mata siap pastu kena datang sekali lagi dah buang masa dan juga buang duit. Ini kerena mereka ada makmal sendiri untuk terus menghasilkan cermin mata dan siap dengan bingkai. Itu jaminan yang kedai ini berikan kepada semua pelanggan mereka tak kira harga.
Masa Maha datang hari tu buat lah satu cermin mata menggunakan Alpha Lens untuk masalah rabun. Nampak style tak sebab ia dah macam sunglasses tak macam spek mata biasakan. Kalau korang ada plan nak buat cermin mata atau ada anak atau juga sedara-mara nak buat boleh datang kedai Eyes Vision Optical. Kedai ni buka setiap hari dari pukul 11.00 pagi hingga 7.00 malam. So ambil masa korang untuk datang bila-bila dan mereka akan layang korang untuk buat cermin mata sebaiknya. Puas hati dan berbaloi sangat-sangat.
Sebarang promosi dan juga pertanyaan boleh layari :
Facebook : https://www.facebook.com/eyesvisiongroup
Instagram : https://www.instagram.com/eyesvisiongroup
No Tel : 016-3636464 (Mr Jun)
Alamat : Eyes Vision Optical
Level Ground Flour G-096,
Sungei Wang Plaza Bukit Bintang KL
waa..banyaknye pilihan design sunglasses..servis pun bagus..nak belu sunglasses di situla
BalasPadamramai yg dh review kedai ni memang bgus service ni. nasib baik la jauh..kalau dkt nak jugak buat spek baru.haha
BalasPadamRm65 saja fixed price kan ? bestnyaaa but KL :(
BalasPadamada cawangan kat Penang tak..iols memang tengah plan nak wat spek mata baru ni..tulah iols pun ada masalah silau cahaya waktu malam n rabun..kalau ambil alpa lens tu mmg sesuai sgt..a
BalasPadamADA STYLE spek mata mahu tu..terbaik
Nampak hensem bro. Nampak harga berpatutan dan di kuala lumpur pulak.Kalau di Kedah mesti best kan.hehe
BalasPadamTak ajak I pun buat cermin mata kat situ
BalasPadamWow......the price is good. Paling best satu jam boley siap. Kat Beijing dah famous service macam nie.
BalasPadamcantik la shade Maha pakai tu, kena sangat dengan muka. Kalau photoshoot confirm nampak stailo punya lah
BalasPadamBestnye. Teringin nak buat cermin mata kat situ. Kalau ke kl bolehla singgah. Rambang mata tengok
BalasPadamItulah, penting jugak kena cari kedai cermin mata yang okay. Ada yang murah tapi servis macam apa kan.
BalasPadamwow maha pi sini jugak yer buat spek, sama macam Ben ....saya pun buat spek memula kat sini pastu buat kat cawangan yang lain dalam area situ jugak ,memang tiptop servis... paling penting alpha blue lense dia tu terbaik sangat....
BalasPadamtak sabar nak tengok awak menggayakan spek mata baru itu. auchhh silaunya Melaka !! tibehhhh
BalasPadamWah makin bergaya noks. Kedai ni murahla dan berbaloi sangat
BalasPadamSis pun berangan nak buat cermin mata baru ni...suka simpan koleksi cermin pelbagai rupa... lagi kalau dapat kedai cermin murah macam ni..lagi le meroyan nengok design kan....
BalasPadamBagus, jap kita pun kena pergi check mata sebab eye sight power dah naik kot.
BalasPadamNice glasses there! I nak bawa husband sekali to make new glasses one day
BalasPadamLama tak pakai lens yang akan bertukar gelap. Boleh difikirkan untuk buat balik. Hehe. Bagus betul boleh siap dalam masa 1 jam. Kebanyakkan kedai kena tunggu berhari-hari juga sebelum siap.
BalasPadamwah menarik..tak pernah ke kedai ni lagi..nanti nak pergi lah..murah pulak iena tengok :)
BalasPadamNi kedai yang viral tu ke? Cepatnya siap. Tapi nk kena pergi kl la cmni klu nk buat kat sini.
BalasPadamalahai dah lama tak upgred spek mata ni ..xde ke branch shah alam?? jauh pulak nak ke KL darul jem tu..hehehe..
BalasPadamEeee kenapa sana semua nmurah-murah tapi, dekat Sabah semuanya mahal-mahal. Memang nak tukar spec da ni tapi, tulah kena ada bajet yg banyak gitu hehe
BalasPadamwah cepatnyaa, tak perlu tunggu lelama
BalasPadamhari raya haji
bengkung bersalin
cara buat website jualan