Biskut Ulat Bulu,

Kuih Raya Viral Biskut Ulat Bulu Buat Ramai Geli Geleman Tapi Comel

Jumaat, Jun 16, 2017 Mahamahu 9 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Beberapa hari jer lagi kita akan smabut Aidilfitri dan Ramadhan akan meninggalkan kita. Bila sebut nak raya jer mesti orang dah sibuk buat kuih raya. Sekarang ni dah macam-macam rupa dan rasa kuih raya. 


Sehinggakan tersebarnya Biskut Ulat Bulu yang tular di laman sosial. 

Maha tahu pasal biskut ini pun apabila ada kawan update kat Facebook beliau yang biskut ini menjadi tular. Kenapa ia tular dan apa sebabnya? 

Ramai yang bagi komen mengatakan bahawa biskut ini nampak comel dan tak kurang juga yang mengkritik bahawa biskut ini menggelikan. Almaklumlah rupa ulat bulu warna pun dah sama rupa pun motel-montel jer.


Kata orang biskut ini rasanya seperti Biskut Makmur sama sahaja. Cuma kali ini mereka hasilkan bentuk ulat untuk nampak kelainan. Kalau korang nak resipi penuh Maha share kat sini tapi Maha tak cuba buat lagi lah ni pun resipi dapat daripada laman Cari.com.my.

Bahan-bahan resipi Biskut Ulat Bulu


1 cawan Tepung Jagung (Ayak)
2 cawan Tepung Gandum (Ayak)
1 buku Mentega
3 biji Kuning Telur
1 sudu Esen Vanila
1 sudu Perisa Pandan
Pewarna Hijau
Gula halus untuk ditabur
Kurma untuk inti

Cara-cara membuat Biskut Ulat Bulu


1. Pukul mentega bersama kuning telur sampai kembang.
2. Masukan perisa pandan, esen vanila dan pewarna hijau dan pukul sehingga sekata. Pewarna jangan terlalu banyak sangat nanti terlebih hijau pulak.
3. Masukan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil menggaul sehingga agak-agak ia boleh dibentuk. Tepung gandum tidak perlu dihabiskan.
4. Bentukkan doh sebesar duit 50sen leperkan dan masukan inti kurma.
5. Gulung dan bentukkannya membujur kemudian tekan perlahan menggunakan garfu untuk buat jalur pada bandannya.
6. Susun pada loyang pembakar dan masakan pada suhu 170° selama 15-20 minit. 
7. Setelah masak sejukan dan kemudian taburkan gula halus untuk jadikan bulunya. 

Tapi sekarang ni bila sesuatu resipi tu dah tular macam-macam lah rupa yang orang lain cuba improvise kan. Ada pula yang buat ulat bulu warna-warni tapi nampak comel juga. Yang penting sedap dan boleh dihidangkan kepada tetamu.


Kalau korang rasa nak cuba resipi tular ni dan nak supprise kan tetamu yang datang boleh lah buat sempat lagi ni. Tak susah pun tengok resipi macam mudah jer. Inti tu korang boleh tukar letak bahan lain macam kelapa ker atau gula melaka. Selamat mencuba semua dan selamat berpuasa ok.


*Gambar dari Google dan Facebook kawan2.





9 ulasan:

  1. Sekali tengok memang 'takut' nak makan.. Tapi tak tahu la kalau dah ada depan mata.. Hehe..

    - ERAZ FADLI

    Jemput baca dan komen entri ini >> http://www.erazfadli.com/2017/06/susu-kambing-hayra-campuran-kurma-dan.html

    TQ :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe kan tengok comel jer rasa kesian lak nak makan wakakaka..

      Padam
  2. Mesti sedap.. Masih ok lagi rupa ulat bulu..

    Kalau rupa cacing atau katak lagi gelikan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eeeehhhh ada ker org buat biskut cacing geli....

      Padam
  3. comeynya ulat beluncas ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan comel rasa nak makan pun kesian hehehehe..

      Padam
  4. Balasan
    1. Comel dan sedap rasanya hehehe...

      Padam
  5. Nampak memang comel je. Tapi lama2 tengok geli pula hihi syg nak makan

    BalasPadam